February 2, 2014

Retarded blogger: Tak Suka Perlis yg Kecik itu?

Baru ni ade cita panas bab 1 blogger ni post pasai kebosanan idop beliau kat pekan Arau, Perlis. Ni bukan first time aku dengaq pasai orang luaq komplen boring dok perlis. Kat U dulu pon ada classmate ni ex mrsm Perlis kata Perlis malam macam pekan hantu. Hantu pon tak berani keluaq sebab sunyi tarak life ahahahaaaaa. Kesiannn... orang bandar la katakann. Nak mcD nak stabak nak semua benda yg omputih punya produk. Alahai tengah orang dok nak jimat beli kangkung je makan tiap2 hari, dia pulak nak makan fastfood rega 3-4x ganda biasa. Haihhh manusia sunggoh. Kesiann kesiannn kesian sgoh dgn student ni. Time pregnant agaknya mak dia dok ngidam benda2 ni la kot nooo.

Aku sebagai anak perlis yang tengah keja kat luaq negeri iaitu Selangor kehkehhh nak bitaulah stand aku. Jujur hati, aku tak mau Perlis maju macam Kl or Selangor or Johor or Penang. Takmau takmau pui puihh! Kemajuan fizikal tu punca segala kacau bilau dan masalah sosial. Dok tak dok pi korek tanah sawah tang nu tang ni buat apa. Kemajuan mental yang patutnya kene pekemaih. Mau tak jenuh nak jaga pencuri pencopet penipu perompak segala yang dok penuh kat KL and area umah aku nehh. La ni pun tak sangga banyak dah kes jenayah kat Perlis, takkan nak tambah lagi?

Aku harap Perlis yang aku balik sekali sekala tu hijau sawah dan biru langit dia clear daripada pembangunan. Biaqla bukit cenderawasih tengah2 Kangaq tu maintain dok kat situ takyah nak tarah2 dah. Biaqla takda McD bagai baru boleh jumpa makcik pokcik juai nasi lemak, cendoi, lokcing or beger bakaq ori tepi jalan yang xyah dok bayaq royalti bagi kat company omputih lagi lagi yahudi laknatullah.  Biaqla takda pawagam ka taman tema ka boleh elak buat dosa mata and tayang body. Ayaq Teghejun ada, taman ulaq ada, ladang tebu ada, bukit chuping ada, gua kelam ada, tasik ada, pasar pon banyak, lebih dari cukop haihh mau nak buat hilang boring... mau dgn takmau ja.

Kalau orang tanya negeri mana kat Malaysia yang takda McD setabak Burger King bagai mai aku proudly nak bitau PERLIS hokeyy PERLIS!!! Kami cuma ada KFC dgn Watson dgn Pizza Hut n Guardian n The Store. Tesco and Giant pon xdak lagi, dengaqnya dalam plan. Tunggulah nanti.. abes jam la area supermarket besaq2 tuuhh. Best la sangat noks? So tak perlu la nak dibawak masuk benda2 lagho lagi melalaikan ke negeri permai ni. Dah namo mai belajaq, study la cek oii. If mai kerja, maka kerja bagi berkat la.

Bak kata menteri, mau tak suka takyah sibuk2 duk tempat yg tak suka tu. Keluar pi duk tempat lain. Buatlah surat or petisyen bagi IPT dengan list sebab musabab boleh jadi graduan tak siuman kalau terus stay dekat negeri yang tak membangun ni. If desperado sangat minta medical doctor buat surat sakit mental as surat sokongan. Moga-moga boleh tukaq branch ke negeri kayo dgn outlet fastfood dan membangun, hekk? Best of luck babe!

Adohaihhh: Tgh belajaq pon komplen memacam, camana la time cari keja esok2~~~