June 16, 2013

Melbourne 0.1: Persediaan Melbourne trip

Cam dalam post lepas, aku dah bitau aku pergi Melbourne ni dengan tour agent, tak pergi backpack coz family ikut sekali. Gilalah nak suh mak aku backpack kan. So berikut senarai menda yang aku kena pening kepala nak arrange and aku rase korang pun cam tu jugak if nak pergi memana pon. Tambah dengan negara omputih yang tengah fobia ntah hape2 and segala syarat marat masuk negara derang yang cam mak nenek tuhh:

Flight + Hotel
Idea asal aku ke Aussie ni coz Airasia ade buat promo untuk matta fair awal tahun 2013. Tiket flight sekali hotel untuk 5d4n start from RM1300. Aku rasa rega standard je tuhh, tapi member cakap murahhhh! So aku pon amek jerlaa coz x penah sampai lagi Aussie. So dengan makan and luggage semer jadila rm1500 sorang. Harga ni kalau pergi Korea boleh duduk sampai 9hari tau! So senang cerita Aussiee ni bapakkk la mahal. Padahal hotel nama bajet je pun. Miami Hotel Melbourne. Kat sana derang panggil Miami motor inn. Harga sebilik twin bed semalam dekat RM400 ~ 130Aud. Baik guna duit tu gi menginap kat shangrila lagi best.

Tapi ni harga kat Airasia la. Bila aku check dekat Booking or Agoda, dapat je Rm200++ twin room pernight. So aku kena tipu kali ke2 (1st time masa book hotel kat Osaka) dengan AAsiaGo lalalaaaa.. Tapi kalau amek tiket AAsia return flight jer harga 1200 hengget 1org. Bila amek pakej sekali hotel, flight sahaja jadi 800 hengget jer. So aku kira2 saving banyak gak la situu.. Sebenarnya kalau nak jimat cost lagik, amek je bilik kat Malaysian Hall Melbourne. X sampai rm100 sorang semalam. Tapi panjang la proses dia. Aku x penah try so aku xsure exactly macamana. Korang boleh cek kat SINI

Passport + Visa
Sebenarnya patut pikir pasal paspot dengan visa dolu. Tapi sebab aku ni jenis pantang nampak tiket promo murah terus beli maka jatuhla tajuk ni ke no2. Aku da tekena dengan immigration Aussie ni, visa aku cuma lepas leklok je sehari before flight departure ke Melbourne. Salah aku jugak la coz lambat renew paspot. Lagi 2 minggu before departure baru dapat paspot sebab immigration kajang punyer sistem tengan semput. Ramai sangat yg nak apply/renew bila time cuti2 sekola. Aku yang sendiri carik nahas pergi renew time cuti skolaa

Nak selamat prepare awal2 paspot yang still valid lebih dari 6 bulan dari tarikh nak pergi. Pastu apply terus visa aussie sebulan sebelum pon boleyh kat SINI. Saper nama yang ade Abu, Abi, Mohammad tuh bersedia la untuk request pending lama sikit before dapat visa. Apply visa boleh buat sendiri kena bayar 20aud 1org and boleh jugak mintak agent buatkan dengan bayaran yang agent tetapkan. Cam aku, free je agent aku bagi. Pastu pastikan korang print ape2 bukti yang korang dah apply dan dah approved pun visa tu coz kat epot melbourne nanti macam2 bole jadi. Tetibe paspot or visa x boleh scan kat mesin hitech derang tuhh.. Pastu macam2 la dia tanya, kat mana buat la, saper buat la, bila buat la bla blaaa.

Tour
Untuk tour, korang ade pilihan nak jejalan dalam Melbourne city je ker or nak go beyond Melbourne. Kalau nak jejalan kat city jer, xpayah la amek tour guide, buang duit jer. Korang boleh jalan2 sendiri or guna tram. Tram ade yg bayar ade gak yang free. Ade jugak bus hop on hop off tu. Pilih la nak guna mana. Jangan sesekali amek cab coz mahalnye tak berbaloi langsung

Kalau nak pg beyond Melbourne ade banyak pilihan tempat boleh pergi. Sila cek tour website yg aku bagi before ni. Tu semua Melbourne based tour company. Nak amek dengan tour kat Malaysia pon ader jugak cam aku amek tapi harga memang ke bulan bintang punya mahal. Kalau nak tour guide yang aku amek sila lah contact aku yer. Boleh dapat lagi murah coz terus contact derang, tak perlu go thru' agent cam aku. Budak2 nipun dah pesan kalau ade sesapa nak g Melbourne contact la derang. Derang ni student sana so harga cam boleh adjust2 lagi. Kira aku ni tolong promote derang sesambil tolong orang Mesia yang nak gi sana jugak. Selagi boleh simpan duit better simpan kan.

Makan and solat
Kat Melbourne x susah nak cari makanan halal. Kedai Melayu, Indon, Arab merata banyak. Since aku pg dengan tour, derang yg guide pasal makanan. Sampai2 je ktorg sambar kebab coz lapar, malam dan sejuk tgah nak masuk winter. Kalau korang pg sendiri sila2lah google list kedai yang halal, halal meat or non pork. Yang sure boleh makan ialah Nando's and Lord of Fries. Yg lain cam seafood tu boleh jugak janji x letak wine. Pastu cokelat kat sini pon best dan brand2 yang popular tu mostly boleyh makan. Cadbury, Mars, Whittaker, Kit kat, Snickers.

Pasal solat, walaupun Melbourne ni macam banyak gak terdedah to Muslim coz ramai jugak local Australian and foreign Muslim, tapi facility melampaulah limited. Kat major tourist site jer ade cam epot, Flinder Street Station. Kalau keluar dari Melbourne tu jangan harapla ade surau ke haper. So, kitorang solat kat kawasan2 yang kering and tersorok dari orang. Tour guide ade bgtau kekadang derang solat kat tepi pantai, area bangku and mana bawah pokok yang bersih dan kering. Nasib aku tour guide dapat muslim so kalau yang bukan muslim tu aku x tau cemana. Maybe korang kena pepandai cari tempat and masa untuk bersolat. kalau pergi private tour ok lagi tapi kalau naik bas reramai dengan non muslim tu aku x dapat bayang cemana.

Currency
Matawang opkos la Ausiie Dollar. Rate selalu turun naik so korang kena lah alert bila rate murah and bila dia mahal. Nak sonang, cek Bank Negara Malaysia punya website.Pastu aku tengok gak rate money changer kat Melbourne, cam lebih kurang jek. Rate kat Kajang time aku tukar RM3.08=1Aud. Kat Melbourne RM3.10=1Aud. Beza RM0.02. Kalo currency lain korang cek sendiri naa....

Luggage
Luggage tak kisah rupabentuk or warna cemana pon janji lepas naik flight korang. Yang kisahnyer, ape yang korang bawak. Macam2 la kat blog yang orang kata boleh dan tak boleh bawak. Bagi aku, avoid jer bawak barang yang x pasti boleh bawak ke tak. If duduk setakat 5 ke 7 hari x perlu bawak beras bagai, lainla mau rombongan cik gayah yang datang. Kalau nak jugak bawak, sila lah declare kat borang kastam, jangan purak2 malu pulak. Sekeyh kang.

Pastu kat epot nanti konfem semua bag akan kena cium molot dengan encek hanjing x kisah korang bawak aper pon. So mengaku jer dulu before hanjeng tu tolong mengaku untuk korang. Orang yang datang sehelai sepinggang maybe x kena hidu kot. Kalau sesapa ader bawak ubat ke ape, tick awal2 kat borang kastam walaopun sebutir je ubat yg korang bawak. Cam lorat je kan? Takkan sebijik panadol pon ade hal kot. Well, mak aku bawak ubat dgn jarum diebetis pastu adik aku plak pandai g bawak 1botol full air mineral. Aku pg mgaku siap2 b4 pg bramah mesra dgn hanjeng. Masa ajing tu mai, dia cool jer x excited ke hape so officer tu lepas la kitorg. Ameinnn. Tu kitorg, kalau korang nak try nasib silakannn..

Transport
Rental car, Bas, taxi, tram, train and flight kalau nak keluar dari Melbourne. Ferry or cruise kalau nak ke Tazmania. Semua pilihan ni ader, korang pilih jer la. Dekat airport lagi dah ader rental car company. Pada aku rental car lagi murah kalau korang ramai and nak pg beyond Melbourne cam Great Ocean Road, Ballarat, Mt Buller, Grampian or Phillip Island. Taxi super mahal so aku x brani nak recommend. Dari airport takde train or tram so better naik bus or shuttle service to Melbourne CBD macam Skybus. Service time biasa last pukul 10pm so korang kena plan baik punyer. Boleyh cek melbourne airport punyer website.

Kalau nak tau lagi lanjut kenalaa cek semua website derang yg berkenaan. Xlarat aku nak link semua kat sini. Lagi satu Airasia flight turun dekat Tullmarine airport, MAS aku xsure so cek dulu. Jangan salah airport pulak masa arrange transport.
***************************************************

Aku ingat orang belah Jepun or Korea lagi banyak songeh la coz derang x brapa reti English so peraturan kena la lagi ketat kan. Rupenyer mat saleh ni super duper songeh nyer. Maybe aku kurang interact dengan local coz da pakai tour guide. Yang aku interact sikit2 tu plak yang menyombong tak tentu pasal so dalam kepala aku nih dah implant yang orang Australia ni sombong. Ade la 3-5 insiden kat McD, kastam, epot, kedai yang buat aku rasa cam tuhh. Maybe dengan aku jer kot. Or maybe coz aku pakai tudong? Ntah, wa tak tau. Hahahh

Another super long entry. Mencik nyer aku tengok, tapi x sampai ati nak delete coz da penat tulis long2. Korang pon da baca sampai abes kan. Kakaaakaaaa....! Pic Aussie dalam next entry. For now bye-bye amigo!!

Melbourne 0.0
Melbourne 1.1
Melbourne 1.2

Melbourne 1.3

13 comments:

  1. salam sy mmg akan pergi bln 12 ni..tp xikut pakej...jd mcm mana sy nk contct studnt2 sane yg wt part time tour? sebb i cari ur email tp xjumpe... email me sumayyahnadhirah@gmail.com
    tq =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm maya, I dah pm contact info dkt your email..

      Delete
  2. Salam Naura,
    Saya ada email u. Nanti check & reply ya.
    tq dear!
    rose.omar@ymail.com

    ReplyDelete
  3. hai. sy nk ke sana on april 2015 ni. mcmana nk deal yea dgn tour guide yg awk recommend tu? :)
    hopefully dpt reply asap
    tq

    ReplyDelete
  4. salam dear,,please email me tour guide malaysian tu..sangat memerlukan tour guide org malaysia huhu my email emarinah87@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam Naura,

    Boleh email saya contact info tour guide malaysian di Melbourne... thank you

    inasharina18@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Please email me contact info for malaysian tour guide di Melbourne as well tak. thanks.
    lorita73@gmail.com

    ReplyDelete
  7. bole dapatkan contact no malaysian student kat melbourne yg buat tour guide? tlg emailkn kepada faam2014@gmail.com. tq so much

    ReplyDelete
  8. To all yg nk g melbourne, bole contact no ni ye +61406050339 (fauzan) untuk tour guide malaysia. Sorry i x sempat nk pm ya allz 1by1. Ampunn!

    ReplyDelete
  9. Nak juga tour guide di melbourne untuk bln 12 2019... jika ada boleher emel sy zariziwahid@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. kalau ada student malaysia yg boleh jd tourist guide saya utk ke melbourne dis 2019, boleh emel saya di rinadsn@gmail.com. tq.

    ReplyDelete