December 24, 2013

TIPS: Beli dan Blahh di Beijing

Orett.. konpem aku memang malas nak wat entry Beijing by day or by tempat. So aku buat ikot ske jer la. Since aku trasa nak pi China lagi next time so aku buat entry ni pasal cara shopping kasi puas ati n kaw-kaww kat Beijing. Opkos ni dari pengalaman aku selama 7 hari kat sana dan untuk rujukan aku. If rasa bley bantu korang lg bagus dok?



Diskaun 50%-90%
Boley kata semua blog yang cerita pasal beijing akan bagi tip ni. And memang sangat betui dan beguno baq hang.. Tawar biar harga x masuk akal pon xper sebab harga dorang letak memang x masuk akal langsung. Baju yang kat Malaysia harga dalam 30-70 hengget jer derang leh letak 500hengget which is 1000yuan lebih. Memang depa bising la cakap tu baju designer popular la high quality la Malaysia kaya lah. Xyah percaya smua tuhh.. cakap je korang x kenal designer or kain tu panas if pakai kat Malaysia. Jgn risau Mau kena marah ke tengking ke xyah sentap or nanges plak lagi2 pompuan. Ati bior kering. Kalo berani marah je balik hahahhaa! Dari banyak2 aku dok bargain, ade la 3-4kali kena marah or x dpt rega aku nak. Ade yg marah tapi dia bagi jgak akhirnya whivh mean yesssss! aku menang!

Once tanya harga maksudnya nak beli
Tanya harga bila betul2 nak beli ja. Jangan bawak perangai kat Malaysia, dok ramah pi tanya harga padahal x teringin sangat pon. Once peniaga tu dah bagitau harga awal, maka besedialah untuk bagi harga yg korang nak. If x dapat harga nak tu cepat2 jerla blahhh beredar, xyah dok nonong tunggu belas kasihan jgak kat situ. If harga tu bole dapat, derang akan jerit2 panggil korang balik even though korang da masuk kedai lain. Xyah dok buat muka comey or kesian depan seller, derang tu ati kering jugakk. Cam member aku sorang ni model, muka and badan cun melecunn pastu rambut panjang mgurai santekk aka free hair. Memang ramai la orang Beijing dok suka kat dia, siap usap2 kepala bagai. Masa kat Silk market, leng chai kedai tu puji melangit kecantikan mmbe ni siap kata nak bagi kasut free. So model ni bekenan satu boot yg kononnya kulit, minta haga 100yuan dari 800yuan++. Jangan kata nak free, nak minta harga 100 tu pun x dapat. Dok tunjuk ayu lemah lembut bagai, x bekesan wa cakap luu. Aku join pujuk tokei cakap mbe tu cantik la, a beauty from Malaysia la, ungkit tadi kata nak bagi free coz cantik la pon x berjaya. Last2 bayo 200yuan. Ahahaaa cantik dan tegas lagi bagus kot mau nak bershopping!

Kedai harga tetap
Masa kat Wangfujing dan Xidan, aku tengok kedai2 yg ada tanda harga lagi sangat berbaloi harga dengan produk yang dijual. So try la masuk kedai2 yg dah fix harga, ada boleh dan x boleh bargain tapi pada aku if da ada tag harga korang xyah buang masa nak tanya pastu susah nak lepaskan diri if x jadi beli. Peniaga kedai camni pon x agresif or bersemangat telebeyh nak kejar if korang masuk kedai and x beli ape2. Member aku dapat beli trench coat yg cantek and selesa giler kat kedai lot2 belakang off Wangfujing street. Nampak cam kedai ala2 Hari-Hari if kat Malaysia tapi cantek2 design baju kat ctew. So try2 la masuk kekedai yg da fix harga if korang malas nak betekak dgn saler

Kedai/market biasa bukan tourist spot
Kebanyakan kedai yang orang Malaysia suka shopping kat Beijing adalah tempat yang da didesign for tourist oleh kerajaan China so peniaga dia buleyh cakap English, Melayu, Indon, French, dll bahasa. X prasan plak bahasa Arab buleyh ke x derang cakap tapi macam ade je tourist timur tengah dtg shopping. Aku pi Yashuo Silk market dgn Hong Qiao Pearl Market. 2-2 tempat ni aku xnampak orang local datang shopping except peniaga, xde tag price, letak harga cam gila2 and kena gaduh2 if nak beli barang. Hasil bertanya kat hotel, kitorang try area Xidan yg memang tempat local bershopping dan peniaga x bleyh speaking. Tapi!!! Ada price tag dan manyakkk murrahh. Gelang jade yang santek2 harga starting 50yuan je. Palsu ke ori memangla xtau tapi dari dok pi beli kat jade centre yang juai after diskaun still beratus2 tu, confem ke ori? So, tryla shopping kat tempat local dari yang glamor sangat dengan pelancong2.

Kitorang gak ade pi pasar pagi Mo Shi Kou kat pinggir Beijing yang penuh orang local dan barang2 yg sangat murah. Heaven! Member aku balun tali pinggang kulit rm30je and sofa protecter berguni2 coz besar, tebal, cantik and murah. Aku je yg tolong jeles n tgok org shopping, nyesal bwak beg extra kecik. Duhh!

Cek barang before bayar
Selalunya bila dapat harga yang tawar bermati2an tu mesti happy x ingat dunia punya. Tambah2 mau member sebelah dapat rega lagi tinggi kan. Jangan hepi dolu, once da lock harga peniaga akan wrap barang yang korang nak beli tu. Before bagi duit, pastikan korang cek dolu barang tu same x dgn barang yg korang dah pilih tadi. If gelang, sama x warna, corak or batu2 dia. Cam kes aku beli kasut, aku nak yg baru coz depa nak bagi yg display tu ada stain cket. So aku minta tukar baru. So derang pergi cari kat mana ntah bukan main lama and datang balik dgn kasut baru yang still dalam plastik and dok ada lagi kertas dalam kasut. Tapi stain yg sama sebijik dgn kasut display. Tempat, saiz, bentuk exactly samo. 3x aku suh tukar 3x dtg kasut ber'corak' kotoran yg sama. Last2 dia ngaku da xde stock maka aku terus tukar kasut lain. Sila2 lah check barang korang before buat bayaran ye.

Shopping di tourist spot
Biasanya kat mana2 tempat pon, sobenir kat tourist spot kompem mahal kan kan kann? Well aku nyesal x shopping table cloth bebanyak kat Mutianyu GW coz harga lagi murah dari market di Beijing. Aku percaya kat Badaling GW pon berderet kedai juai sebenir cam kat Mutianyu. Aku suggest korang try bargain barang kat situ dengan syarat amek kedai yang tengah2 or da ujung2 nak dekat pagar security untuk keluar. Bukan dekat car park, aku suspek situ lagi mahal coz lagi ramai orang sebab dekat dengan car park. Dalam kes table cloth aku, member aku dpt harga 100 yuan kat kedai mula2 keluar dari cable car great wall. Design table cloth ni kain silk untuk meja 8 kerusi, corak lebih kurang je mana2 kedai pon. Pastu on the way trun tu ade kedai2 offer harga table cloth tu 70yuan tanpa ktorg tanya pun. Member aku da tepuk dahi. Makin ke bawah ade auntie yg offer 55yuan je. Aku tepuk dahi jugak coz menyombong x beli kat auntie tu. Beli kat Pearl market dapat haga mahal 80yuan. DDuhhhh!!

Jangan beli di kedai pertama dari entrance
Kedai yg dekat entrance or restaurant or yg banyak gila tourist dok kerumun, xyah la pi kat situ. Cari kedai yang jauh dari pintu masuk dan xda orang so senang nak bargain dengan harga tak masuk akal pon. Pastu bila bargain biar kuat sikit suara kasi kedai sebelah dengar. Untung2 x dapat harga yg nak kat kedai pertama, dapat kat kedai sebelah. If korang x untung maksudnya bukan rejeki korangla coz haga bargain tu telampau murah hihikkk

Magnet mahal
Ye aku rasa fridge magnet sgt mahal dgn rega 5yuan seketul padahal China antara pengeluar terbesar magnet fridge kan. Korea, Australia and banyak negara lain punya fridge magnet pon China mari. Dahla mahal, pattern and design semacam je semua. And semua yang aku jumpa x jual secara set/papan say 1 papan ada 5-10 keping macam kat Bandung and Korea. Semua sebijik-sebijik sebab tu mahal kot. Actually kat Wangfujing ade satu backstreet ni (sori x hengat nama apa) yang jual fridge magnet secara set tapi aku x sempat nak tanya berapa. Mau korang jumpa, bole la try beli kat situ kot2 murahh.

Tu je tips yang aku ingat skang. Mau ade lagi nanti aku hapdet ye. Hokeyy sampai aku ghajin lagi. Ta-tahh!!

list tempat di beijing
beijing aku datang