May 1, 2012

Walkie talkie Jepun Siri 0.0

Konbanwa minna!! (sambil kasi senyum2 macam Nanako Matsushima)

Kenapa konbanwa, tak konnichiwa? Hmm.... Coz la ni aku tulis time tengah malam ok. Kasi pusing kepala 400 darjah la mau buat itinerary pi Jepun ni. Nape ntah masa p Korea dolu cam senang x hingat. Urmmm... haa rege kott! Barang and sebis kat Korea harga boleh pukui rata lagi, mahal dalam 10 hengget lebih je dari kat sini. Kira makan tghari 6k won = RM18 ok bole kautim lg. Yg kat J-poon ni mak aihhh seksa wa cakap lu! Nak kenyang set makan paling murah 1000yen = RM38. Tu kalo jumpe yang 'murah' la. Kalo nak macam kat sini makan 2x sehari, memang aku abes det kat makan je la. Pahtu stay ja kat hotel tak p memana daaa. Waaaawawaaa!! Patot la pakej p Jepun da tak berapa nak banyak. Wawawwaaaa lagi!!

Ok stop! Since aku lagi 3 hari lagi nak berangkat, baekla aku carik mood baekkk punyer kasi power sikit trip cari pasal aku ni. Cukup la aku dengar citer buruk pasal melancong kat Jepun ni, ate tiket hotel semua dah beli. Visa pon da selamat tepampang kat paspot, maka moh le pegi meredah onak dan duri di Gunung Fuji kakakakaaa (gelak nak nangeh). Tapi memang laa mahai nak mampuihh... x sampai lagi aku da berabes lebih 2k tuk hotel dgn flight. Cam ayaq teh ais duit aku kuor, masuknya macam tanam biji kopi kat bulan.. Peginya 2 orang jer. Cheese cheezy! Ni semua Dragon ball, Doraemon, Sailormoon dengan Samurai X punya pasai, debushh kedebushhh!! Awatlaa aku x ikot cakap mama aku dulu, baca Quran bebanyak, jangan baca komik. Adeihh...

Harap2 baekla mood aku lepaih balik nanti, bule merapu siri 1.0 dan seterusnya. Moga selamat pi dan balik jugak coz walopon kononnya Jepun tu antara negara paling selamat kat dunia tapi bos aku bole plokk buat antu. Se2dap rasa ja bitau kat Jepun banyak serial killer. Kalo ye pon bos serba tahu tapi tak perlu la highlight part yang sadis2 kan. Cakap jela berwaspada ke jaga diri ke ape. Potong betui. Jelless ke ape ntah. Camanapun, gunung harus didaki, dalam kes aku gunung harus dilalui sebab aku nak snap gambo ja. Dan disebabkan aku base kat Osaka maka terpaksa la aku guna shinkansen dengan tambang 2 orang yang dah boleh beli Samsung Ace. Aku jugak nak pesan kat sesapa yang nak p jalan2 Jepun, biar base kat Tokyo sebab belambak2 tourist spot boleyh pi and dekat dengan Fuji, Yokohama bagai. Dekat gakk dengan Fukushima plant yang pecah kena tsunami tu (200km). Kalo base kat Osaka ke Kyoto ke, muntah mau tiap2 hari tengok castle, shrine, park, temple dan sewaktu dengannya. Aku yang kunun pencinta alam ni pon hilang akai mau tengok sakura dengan pond tiap2 hari, tu kalau ada la. Kalo berminat dengan Zen, haa memang seswai

Haa nak habaq mai jugak, annyeong haseyo tu bahasa Korea yer adik2 bukan bahasa Jepun. Sape2 yang da tau tu sila2la buat x nampak. Wokeyy ciao, sambung belek hyperdia pulokk. Genki de, mata ne!!

Ikan kerapu: Kalau jumpe mamat cool cam Hunter dalam Run for Money tu best gakk ekk ek