December 24, 2017

Sunset cruise Langkawi Okt 2017

Anyeong girls and guys!! Lama tak hai hai lai lai kan. Alasan basi paling biasa, aku busy. Kahkah. Busy ape pun aku tak tau la. Ni haa aku nak ceciter pasal aku lanjer diri sendiri pigi cruise kat Langkawi. Sunset cruise gitewww. Akirnya tercapai lagi satu wishlist, dah boleh sailang then move to the next~~~
Aku pi masa hujung Oktober 2017, kira dua bulan lepas. Tak ingat kat Langkawi tengah musim ape. Ade ujan sikit2 kot, ke takde? Tapi kat Selangor memang hujan je time tu. Company aku pi nama Crystal Yacht Holiday. Ya allz google ler sendiri page deme, boleh book n bayar terus kat situ. Bebudak below 5thn free so aku bayor utk adult je 2 orang, rm560. Budak tu niece aku cam dalam gambar kat bawah, nampak cam darjah 2 dah kan? Mykid dia ckp 4tahun, so free lalaalaaaa.

Tak silap aku, cruise start kul 5pm gitew. Dalam kul 4++ ade orang gi amek dekat hotel/ chalet. Dingdong kejap dekat pier, terus naik atas bot deme panggil catamaran. Sila google ape kejadah tu. Ni bot cruise kecik jer, bukan besau2 cam Star Libra Virgo bagai tuh. Dah bot start gerak layan la angin laut, tengok view pulau2, ikan berenang sampaila derang panggil turun untuk saltwater jacuzi untuk yang nak. Tanak ko tunggu jer atas bot. Time aku pi, semua cruiser dalam 15 orang gitu turun dalam air. Best gak rasa berbuih2 air laut masin ala2 open water jacuzzi dengan pedih mata semua. Ade kot sejam berendam, nanti deme hidang makanan so naik balik ke bot makan2, sedaplah jugak cuma kuantiti sikit dan tak top up. Habis maka nasib habis la. Minuman sentiasa ada mintak je derang akan bagi, alkohol pon ada so kalo tau diri tu muslim tak perlu kot mengada nak amek.

Nah, gambor bagi korang cuci mata. Aku rasa paling best of the besy moment ever memang masa sunset tuh. Tak dapat nak explain betapa cantiknya kejadian Allah swt. Kamera fon aku tak dapat capture bebetul, korang kene gi sendiri tengok.





Aku malas nak buh caption kat pic, boleh paham je kan. Model utama mestilah niece aku, aku tukang keluar modal kahkahh. Overall aku puas hati cruise ni. Cuma aku rasa maybe company ni target and cater more to customer pelancong luar and x berapa mesra local. Lagipun derang jamu satay lebih kat foreign tourist, aku mesti bengkeng ler hahahh. Adik aku siap dapat sisa sebab lambat, dia pi salin baju niece aku takut gatal kulit. Redha je lah.

Aku tak sure company lain macamana ye. Tempat solat takde dalam bot so bagi yang dok dekat2 cam adik aku yang mastautin di Perlis tak layak jamak tu jenuh la susah hati takut terlepas waktu. Nasib baik cruise abis awal dalam kul 7.30pm dah turun balik pier. Bila tanya dekat staf muslim (sebab pakai tudung) di pier, dia pun teragak2 nak bagitahu, menunjukkan bab solat macam tak pernah derang kena hadap dengan cus lain kot. Agak kuciwa tang ni sebab... err Malaysia negara majotiti Islam kutt. Bot krew aku tak sure Islam ke bukan sebab ada yang macam bukan local. Dari 3 orang krew, sorang je yang cakap Melayu, yang aku dengar ler. Wallahualam. Kitorang nasib baik sempat solat kat hotel je.

Wokeih tu je story mory sunset cruise. Len kali aku cerita pasal Hokkaido winter and bos busuk hati plak. Bon voyage!!

No comments:

Post a Comment