March 24, 2017

Misteri: Sleep paralysis

Fuhh misteri tak tajuk? Aku nak tulis pasal kena himpit time tidur je sebenarnya. Nama saintifik sleep paralysis la kan. Baru nampak intelligent giteww. Hahahh. Ok ni aku nak babbling n rambling pasal misteri baru dalam hidup aku. Kalau ade yang boring (ke takut?) baca cerita hantu, bole pi bilik sebelah. Bukan selalu aku nak cerita pasal makhluk tak nampak ni kan

Ceritanya, aku sejak masuk tahun 2017 ni, rasa macam kerap pulak aku kena sleep paralysis time tidur. Sebelum 2017 ni aku pernah kena dua kali tapi dah bertahun yang lepas sudah. 1st time lepas aku balik dari xpdc masuk hutan di pulau pangkor tahun 2006/7, so aku consider logic la kan kot ade yang ter'ikut' balik. Tapi sekali jer aku mimpi ada nampak benda, feeling seram2 and then aku tersedar tapi takleh bergerak. Mata tak bole bukak. Baca surah pun macam tak boleh nak sebut lancar even dalam hati. Tapi sekejap je, maybe 1minit dua then takde ape. Buka mata, gerak2 kaki tangan semua dah ok and takde la nampak ape dalam bilik aku tidor tuh. Cuma rasa lagi seram and terus terpike, ok... aku baru kena himpit tengah tido. Tapi kendian aku berjaya tido balik dengan jayanya hahaaha.

Kali ke2 pulak few years ago masa baru balik dari jalan2 pi mandi air terjun dan sambung jenguk pi sini sana dgn family, memalam buta baru sampai rumah. Cara himpit lebih kurang la, mimpi cikmok ciktu dulu pastu tersedar tapi beku takleh bergerak. Bila dah ok lepas semua, aku tidur balik. Seingat aku masa 2x yang first ni terhimpit masa tidur terlentang dekat rumah di kampung. Cik google kata memang tidur terlentang ni biasanya dok kena paralysis. Katanya lagi kalau ikut kajian, sleep paralysis tu jadi sebab masa kita khusyuk tidoq and otak shutdown kebanyakan fungsi fizikal badan, tetiba kita terjaga tapi badan kita still tengah shutdown. So masa tuh la tak bole bergerak sekejap macam kena kunci.

Dalam kes aku untuk tahun 2017 ni, aku dah kena 3x setakat bulan Mac ni. 1x setiap bulan. Macam dia tahu pulak bulan-bulan omputih tu kan. Takde kaitan dengan menstrual, aku dah cek ahahaa. Yang aku musykil, ketiga2 kali ni takde pulak aku pergi memana, balik dari memana or buat something yang berpotensi panggil benda tu. Tengok movie pun takde. Semua kena masa aku tidor sorang dekat rumah aku yang dah duduk dengan aman damai sejak 8 tahun lepas. Aku takde jugak beli barang tempayan ke, gantung gambar ke, patung ke dan sewaktu yang maybe ade gitew gitew. Kiranye takde ape yang berubah or baru la kat rumah aku tu. Lagi best, aku kena time tidur mengiring peluk bantal/ selimut bukan terlentang kelawaq nak terbang tuh. Then, masa kena tu bukan rasa sesak nafas tapi aku rasa macam tulang rusuk kat tepi dua2 belah tu kene cengkam n tekan kuat gila. Aku terjaga sesab sakit weiih, bila dah terjaga perasan tak boleh bergerak. Automatik dalam kepala, yeahh aku kena himpit lagi. Lepas dah boleh bergerak tu siap rasa lagi sakit kat rusuk. Tapi aku malas pike panjang, aku tidor ja balik lepas baca ayat Kursi dan 3 Qul. Kenape lah agaknye rajin kena himpit ni?

Owh tetibe aku teringat, aku suka baca fiksyen sasya dan paranormal page sewaktu dengannya. Hahahh mungkinkah? Takla setiap hari tapi kalau aku stres dengan bos jilake aku memang aku layan FS dekat opis, konon nak bagi hilang menyampah dekat manusia. Hurmm maybe aku kene test, stop jap melayan page2 cam gitu. Orr maybe sebab mental aku ni yang dah negatif sangat, almost lost hope dengan manusia so makhluk lain datang dekat ke?

Ok masa tulis ni tetiba bulu roma naik. Aku stop dolu. Bye!


No comments:

Post a Comment