December 20, 2016

The Tale of Entopia@Penang

Sape peminat tegar jalan2 dalam negeri especially sebelah utagha Malaysia mesti pernah dengar pasal Entopia kan? Ade pernah viral sekejap dalam tenet pasal attraction baru dekat tanjung bungah Penang. Cantik gambar yang dia viral tu. And ni la tempat yang aku nak cerita pownn.



Aku pergi ber3, aku, adik and my niece (anak adik aku ler). Konon nak cari tempat yang sesuai untuk budak giant umor 3 tahun, so masuk lah sini tengok ape yang ade. Nak gi sini kene lalu jalan balik pulau since aku stay kat bukit jambul. Kalau you allz dari georgetown or batu ferringhi, ikut tanjung bungah je ler.

Aku straight to the point je cakap, entrance nak masuk amatlah mahal bagi aku. RM40+ adult, nasib baik budak 3 thn free sebab tu adik aku sanggup pergi ahahaaaha. Tapi entrance tu tak cover semua bende, ade je certain place and activities kat dalam tu yang kene bayar extra kalo korang nak. Tak nak sudah. Besar jugak kat dalam tuh tapi hands on xtvt macam x best/ banyak, or maybe aku yang tak jumpa??? Anak buah aku pon macam boring jer, malas nak buat ape2 asek bekepit dengan mak dia. Untuk ambil gambar ok la nice interior dia dengan replika insect la bagai cuma camera kena canggih sikit sebab banyak tempat yang cahaya dim, maybe dah tempat pun untuk serangga kan.

Paling banyak serangga kat sini semestinya butterfly sampai yang mati pun banyak jugak kat atas lantai. Yang ni kat bahagian ape ntah nama yang depa bagi rama2 or kupu2 terbang bebas merata-rata. Boleh jugak tengok macamana pembiakan dan tumbesaran rama2 siap nampak cemana derang keluar dari kepompong. Insect lain pun ada jugak, lipas, kumbang, replika cacing gergasi, pastu ape ntah lagik?? Boleh pulak nak cerita tapi nak ingat ahahaaa sori!! Betapa aku tak kamceng dengan entopia uhuhuu..

Meh layan gambor







Sori la if info aku tak membantu. Overall aku rasa cun je tempat ni untuk bergambar. Cuma aktiviti yang boleh try tu sangat limited! Ade la beberapa game interaktif yang aku bagi dua bintang! Aku rasa concept tempat ni lebih kepada exhibition, bukan taman tema. Masa aku pegi ni orang takla sikit sangat takla ramai sangat. Kalau crowded, memang jenuh jugak la beratur nak tengok exhibition dia. Still, kalo korang suka insect silalah jenguk2 tempat ni hehee!

No comments:

Post a Comment