November 27, 2016

Trip Bujang ke Hokkaido Sept 2016

Hello everybody!!
Bulan sembilan rituh aku jatuh sakit ya amat. Sakit hati! So aku buh ubat travel solo pi Hokkaido yang julung2 kali aku buat. Layannn. Lega walopon poket mengempis dengan jayanya. Trip ni aku pi 6 full days cover Sapporo, Otaru, Hakodate dan along the ways aku Touch n Go Lake Toya dan Onuma Park. Plan nak pi Noboribetsu, Wakkanai, Shikotsu dan Akan semua hancur sebab aku leka and tak jaga masa ahahaaa.. Sebab nak jaga waktu solat bagi boleh buat kat hotel so rushing la sikit. Rata2 orang Hokkaido tak paham Muslim prayer macamana so aku mintak tempat nak solat derang pandang aku semacam. Ngerii plak pike kot2 tengah solat pakguard or keisatsu-san (polis) datang halau takpun tangkap naya je!



Ade sikit2 insiden lawak masa aku sengsorang di Hokkaido. Masa aku nak berangkat dari hotel di Hakodate nak balik ke Sapporo, aku kene guna local train yang swasta punya company. Nak jadi cerita, time tu aku dah abes syiling and duit kecik Yen. Stesen train tuh pulak, Nanaehama nama dia, unmanned. Takde orang jaga, just ade satu mesin tiket yang tak terima duit besau. Tepi stesen tu rumah2 orang, 1km berjalan baru jumpa kedai kalau nak tukaq duit. Halabau betul, aku dahla nak kejar train JR ke Sapporo. Terpaksa buat muka tak malu mintak duit syiling kat sorang mamat Jepun yang naik train sama aku, pastu tak dapat pulak tuhhh. Malu siott, maybe dia ingat aku ni mintak sedekah ke ape. Dia cakap boleh je bayar kat kaunter nanti dah sampai kat stesen utama. Aku dah ketaq lutut sebab tau2 la negara maju ni strict kan bab2 pentipoo yang mengelat taknak bayar tambang. Aku naik la jugak, redho jer kalau kene fined. Nasib baek tak kene, bayar harga yang sama je jugak. Kusss!

Di Hakodate lagi, aku pegi Cape Tachimachi nak tengok tebing laut la kononn. Sekali jalan punya jalan, rupanya situ kawasan kubur keturunan family yang vvip gitew. Kira jumpa kubur dulu kiri kanan sebelum jumpa cape tu. Sudahhh dah la aku sengsorang. Tapi since dah jauh berjalan aku terus je and buat2 berani ambil gambar posing bagai sebab view laut dia memang cantik wa cakap lu! Actually x jadi apepun tapi aku rase orang situ pandang aku pelik je cuma derang takde la halau aku suruh blahh ke ape. Perasaan aku je yang nebes ahahaaa

Kendian di Otaru, aku ketegaq nak cari guesthouse sendiri, taknak naik teksi. Padehal tak baca instruction bebetul, boleh jer mintak owner datang amek kat stesen Otaru free lagi. Dengan yakin aku guna map Google yang aku save kat tab and berjalan kaki cari heret beg 8kg+. Dah macam weight training. Jalan perumahan berbukit dengan jalan bengkok dan selekoh x hingat. Kat Otaru ni famous jalan yang slope dia kategori hellish jugak la. Siap jadi tourist attraction ok. Tapi dengan bag berat, hujan dan tak tau jalannyer memang tourist hell douhh! Kat Otaru memanjang hujan je masa kau kat sana. Lepas try2 masuk simpang tu simpang ni, cuci mata tengok rumah ala2 nobita kecik ada besau ada kurus ada lebar ada bagai aku sampai and tengtenggtenggg kunci la pulakkk! Owner keluar sebab aku sampai awal kul 2pm, cekin start 3pm. Ade anjing je sekor dok marah2 kat pintu sebelah dalam. Seb baek chomeii... Kuss lagi. Tapi akhirnya aku cekin dengan selamat.

Sila layan gambar2 yang aku made in Hokkaido. Mahap ler tukang amek tak cantek so takmoh ler kacau korang cuci mata kan ohohooho!!

Otaru
Lunch

Dorm di Otaru Guesthouse

 View Otaru dari Tenguyama

acah berani tepi Mt Tengu

View dalam train dari otaru ke Sapporo

Hakodate

Hakodate view dari Mt Hakodate. Michelin star nih

bilik dorm di Hakodate

Free wifi di station onumakoen

Mt Komagatake dari Onumakoen

Onumakoen

Market tepi hakodate station

a town in Hakodate

Lake Toya
pulau dalam Toyako

Acah nek beskel tepi Toyako

Sapporo
pesisir Cape Tochimachi

Nakajima Park

Nakajima Park

Sapporo Station exterior

Shiro Koibito Park

Mount Moiwa

Hitsujigaoka park

Kopi n kamera berpisah tiada

Nakajima Park

Gambar aku tempek ni semua guna SJcam sebab tu herot berot. Aku suka ada kamera kecit2 ni, senang nak guna waktu hujan and kalo jadi ape2 nanges boleh lagu2 sikit sebab harga x mahal macam nikon gedabak berat tuhhh.

Tetiber aku malas. Nanti rajin balik aku buat entry 2.0 untuk Hokkaido ye!
Byee!

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete