Lama tak usha blog ni. This time aku nak ceciter pasal
Maldive yang aku pigi minggu lepas 4H3N gitew. Aku gi style budak pi sekolah,
heret beg acah besau. Bajet pun semput jer dengan planning semua last minute.
Takde pegi water villa, honeymoon style bagai. Highlight utama gi snorkelling
je satu hari. Hari lain main2 sesat dalam bandar Male je ahahaaaa!! Tapi laut
memang hari2 nampak, tinggal tak terjun jer sebab cantek melampauuu woo wooo.. Ongkos
aku buang total cincai RM 1200 (tiket flight RM 490 + hotel RM 250 + snorkelling
RM132 + feri/bot RM100 + makan RM150). Semua amek yang paling murah je.
Ni
hasil tangkapan mata:
Ni jetty ye
bukan swimming pool
Pantai di maafushi island
morning walk @ maafushi
pantai depan 7 coral hotel
maafushi
snorkelling di turtle reef
water villa tak sure ape
nama
Aku malas nak bagi tips bebanyak since blogger lain dah
berduyun bertaun bagi tips kat korang, tinggal nak kene google jer. Aku juz nak
info sikit pasal souvenir, pulau Male (maldive capital), and currency use kat
sana since aku ade banyak pengalaman x best pasal currency nih ugggyyaaaaaa!!!
Bikin bad mood wa cakap lu. Tapi aku still ade niat nak repeat Maldive lagi
ahahaaa. Rata2 aku jumpa sobenir mahal2 belaka, paling murah fridge magnet 1USD
dekat Male. Ade blogger kata beli di mafuushi murah2 so aku pon beli dan sekali,
damn it!. Kat Male murah lagi! Harge 2USD sekeping tu memang belambak. So aku
tengok dgn muka toya je member aku tolong pilih and beli untuk kenalan dia.
Padan muka aku beli awal sangat kan kann. Tempat ni deret jalan Chandhanee Magu
dekat dengan masjid kubah Emas depan presidential jetty and square yang ade big
flag. Tak ingat name ape. Pastu kawasan ni jugak ade kedai makan Bandaha cafe,
dalam tu ade money changer yang boleh bagi harga 1USD = 17 rufiyya. Tapi kene
bebel (mengayattt) banyak and maybe tukar banyak USD kot baru dapat. Aku mula2
tukar 10 usd, lepas je 17 rufiyya. Pegi semula sejam kendian nak tukar 10usd
jugak dah tak dapat. Jadi 16.9 rufiyya pulak.. Ceitt!!
Kalau korang dari airport nak pegi Male (sebutan ‘mah.lay’
ye) kemudian nak transfer pergi pulau2 lain pakai feri (bukan speedboat ye..
speedboat dari airport dah boleh amek direct ke pulau korang berhajat nak pergi.
Just check masa and fuluss je), korang kena pastikan jeti mana satu untuk amek
feri tuh. Contoh aku nak gi Maafushi dari Male kene naik di jeti Vilinggili
dalam Male. Tengok map kat atas. Feri dari airport stop di hulhumale jetty
kendian aku kene amek teksi or jalan kaki or ape2 je cara pergi ke Vilingili. Grup
aku bukan main yakin nak berjalan kaki last2 kitorang tahan teksi sebab sesat
dan tak tau jalan dan ade partner penat angkut beg dua koyan tahap gaban. Dahla
dengan tak tau tempat, map pulak tak ade, nak cek internet pulak tak roaming dan
tak kedekut nak beli sim local dan tak save map. Sesapa yang biasa pegi jepun
korea europe yang tourist info booth sama banyak dengan toilet tu, sila jangan
berharap begitu ye. Takde punye. Tapi korang boleh tanya penduduk sana and
derang akan bagitau dengan baik hati punyalah, jangan risau. Dan toilet kat
sini sangatlah bersih. Kagum weyhh... Ni aku bagi harga feri yang aku naik je,
nak yang ke tempat lain sila cari sendiri gagagaaa:
Airport Ibrahim Nasir
– Male: 10rufiya
Hulhumale – Male: 5.5rufiya
Male – Maafushi: 22
rufiya
Airport Bus: 20rufiya
(flat rate anywhere)
1USD = 15-17rufiyya
(Nov 2016)
RM1 = 3.5 rufiyya
(Nov 2016)
Sambung bab currency, boleh pakai USD ataupun Rufiyya kat
sini. Dekat kedai makan or pasaraya better pakai rufiyya sebab lagi murah tapi
kat kedai sobenir memang depa pakai USD hahaa.. Tapi memang pening jugak lah
nak kira belanja sebab kejap pakai usd kejap rufiyya. Kalau dah terpakai duit
member nak bayar balik tu memang tujoploh kali kira pun tetap salah kira. Kalau
memang nak gi Male, korang sampai airport toksah tukar USD ke Rufiyya banyak2.
Tukar je kat Male yang aku bagitahu kat atas tadi. Kendian sana duit Usd lama
memang TAK TERIMA. BAD MONEY depa kata. Money changer tak boleh nak bayar kat
kedai pon x boleyh. Boleh gaduh kalau nak guna jugak ahahaaa. So korang nak
tukar kat money changer tengok siap2, kalau duit usd tu lembik, terkoyak, dah
lama (series 2006 ke belakang) memang payah la hidup korang kat Maldive. Sama
jugak kalau korang bayar guna duit USD kat Maldive, cek setiap keping baki duit
USD tu jangan dapat duit lembik. Kalau ade bagi balik sebut ‘Bad money’ dan mintak
duit baru. Aku dah kene, nak bayar 5 USD guna 20USD dekat Maafushi. Derang bagi
balik balance 15 USD tu terlekat banyak duit 1USD lembik2 dan aku tak perasan.
Nak pakai balik kat tempat lain dah depa taknak. Bad mood aku seharian! Tapi
akhirnya aku berjaya jugak guna dengan sembunyi2 campur duit lembik dengan duit
baru untuk shopping sobenir. Bayar je ngam2 dan terus blahhh ahahaa.. Dekat
Male pulak nak tukar 20USD lembik yang dapat kat Malaysia, same jugak derang
takmoh. Terpaksa barter dgn member yang ade duit 10USD baru 2keping. Now still balance
ade 1keping duit USD yang memang lembik dan harapnye aku bole tukar kat
Malaysia. Harapnye dekat money changer yang bagi aku duit 20USD lembik tu..
Overall, aku suka Maldive ni coz penduduk dia baik2 and
mostly staf2 kedai or tourist spot sangat helpful and ramah mesra. Paling
penting, makanan halal banyak boleh kata semua kedai agagaa coz i loike makan!
Duit jer laa kena pike, menggigil gigil nak bayor coz time aku pegi 1USD =
RM4.40. Makanan kat kedai besa yang pondok macam x siap pon dah USD5 (RM) ke
atas, ko pike sendiri la makanan kat hotel, kat airport macamane rege. Bayar
dengan duit rufiyya pun sama je gigill. Contoh aku pi try satu mamak-like punya
kedai ni amek lauk ayam – 30rufiyya,terung-25rufiyya, air mineral - 5 rufiyya,
kopi ais – 30 rufiyya dengan nasi aku tatau berapa rege. Total semua 100rufiyya
lebih. Tukar RM da lebih 30 hengget duhh! Tepuk dahi..! So makan kat sini
memang mahal. Sedap ke tak... err depends lah kedai tu masak sedap ke tak
ahahaaa.
Basically aku punya itinerary simple jer. KL --> Ibrahim
Nasir Airport -->Male (sesat cari jeti Vilingili)-->Maafushi-->Snorkelling
2 Points (best!!)-->Maafushi-->Male (pusing bandar dan lepak balai polis)-->Airport-->KL.
Sampai kat sana dah malam so aku stay hotel di Hulhumale 1malam dan Maafushi 2
malam. Di Maafushi ade banyak hotel yang buat pakej excursion (snorkelling,
diving, fishing, water villa etc.) dan boleh bargain lagi. Pandai2 lah cari..
Since aku gi 8 orang, terpaksa la ikut saje majoriti untuk memudahkan urusan
dan amek pakej snorkeling 30USD. Aku puas je dapat tengok coral, ikan and laut
yang cantekk walaupun aku mabuk naik bot. Tapi terjumpe orang lain dapat harga
way lagi murah dan tempat lagi cantek. Takpelah lain kali insyaallah. Maafushi
tu rupanya amatlah kecik dan boleh habis pusing dengan gedix posing2 amik
gambar semua dalam masa x sampai sejam. Tapi pantainye sangat lah bersih dan
cantek dan damai dan fufuuffuu tenang ya amat. Ade banyak lagi pulau macam ni
yang ade kawasan penempatan kampung share dengan guesthouse murah2, so silalah
buat homework korang ye. Kalau fulus macam air, korang pergi je water villa.
Habes cerita kehkehhh..
Owhh lupa pulak.. last day aku pusing2 Male before gerak ke
airport untuk flight kul 8pm. Since konon nak jalan banyak, kitorang (aku and
sorang member, yang lain dah separate plan) tinggal begpack kat bawah tangga belah
muslimah di Masjid Iskandaru dekat dengan airport jeti. Siap tinggal note, akan
amek balik beg jam berapa dan tarikh. Kendian lalalalaaaaa lepas tinggal dalam
3 jam, pergi lah balik tengok. Jeng. Jeng. Jengggg.. Beg dah selamat. Takde.
Ahahaaaa!! Aku dah redho je since barang berharga semua aku dah ade dalam beg
aku bawak. Kitorang tersengih2 pun pegi jugak solat. Terajinlah member aku
pergi tanya sorang muslimah yang tengah study dalam masjid tu and Walla voila!
Dia bagitahu polis ade datang amek beg2 itew. Pukyuu pffftt..! Muslimah tu siap
tolong bagi detail masjid tu untuk kitorang tunjuk kat Polis. Maka jadilah trip
ke Balai Polis Male dan akhir cerita lepas menunggu dalam balai tu sambil
bergosip2, bergelak2 dan buat balai tu macam warung kopi kitorang yang punya...
dalam sejam lebih dapatlah balik beg2 tuhh. Hehehh Thank You Very Much Male
Police. So sorry we turn your office into Kedai Kopi Kampung. Nasib baik polis
dia nice2. Cuma cam malu2 gitu. Dan insiden beg hilang berakhir dengan ending
bahagia ahahahahaaaa. Luv U Maldive! Luv U so much!! I will come again! Siape
nak join boleh pm aku hehee
Aku jumpa some websites yang ade info bagus untuk korang ke
Maldive. Rerajin la mengklik ye... Sekian lah dulu cerite Maldive aku. Till
then, bai bai !!
No comments:
Post a Comment