September 9, 2015

Review SJcam dan JeJalan Jojor 'JJJ'

Aku dah malas nau nak hapdet kat sini. Tapi cayang plak tengok pic yang dok tidorr je kat dalam gallery tu, penat denn amek kan. So i kasi ade gune cket, tepek kt sini untuk tatapan kengkorang yang sesat meh sini.



Sebelum tu aku nak citer dolu pasal SJcam yg aku baru beli. Orang lain pakai GoPro ribu riban, aku pakai yg ciput reratus je. Dah tu je yg mampu kan. Tapi not bad la bg aku, kalo stakat nak post dlm fb, instag, dan segala yg sewaktu punya apps. If nk wat fotobook pon ok lagi kualiti gambo. Cuma kalo nk buat yang high end punya editing macam x seswai coz pic x berapa nak sharp. Aku beli yg SJ4000 wifi punya standard set plus extra bateri, sdcard, monopod, beg semua rm400.

Overall so far, aku puas ati dgn harga aku bayau kecuali 3 hal.
1) software untuk connect cam ke hp sgt low standard, tak stabil, sokmo hang and error. Hp aku pun x pasal bejangkit asyik hang
2) Lens wide angle, so semua pic melengkung macam kanta cembung. Kalo taknak jadi gemuk, kene elak duk di tepi2 frame ye!
3) Manual book lebih kpd pengenalan. Instruction manual fail. Nak tau detail aku kene tanya mr.google. Nasib baek la bab ni aku champion.

Semua pic kat bawah ni aku amek guna cam kecit ni. Not bad la kan. Pro paling nyata pasal cam ni opkoslah sebab ringan, kecik dan mudah bawak. Kalau dslr, lenguh gak leher menggantung. Tapi kalo pi tempat yg gila rare, bawak je dedua. Bagi pueh ati shooting sampei lobamm!

Pic2 ni semua kat JDT. Semua korang mesti da tau kan. Aku cr jalan guna google map je so tak reti la nak tips bagai. Jom layann!!

Tanjung Piai - paya
Tanjung Piai - selat teberau
Tanjung Piai - hutan paya bakau
Tanjung Piai - menara tinjau
Tanjung Piai - wisdom words
Tanjung Piai - walk path
Tanjung Piai - info theatre
Masjid di Kota Iskandar
Puteri harbour Nusajaya
Dataran (??) Mersing
Pantai x ingat nama di K. Rompin

Aku pg johor time cuti merdeka. Best pergi sebelah mersing coz orang x ramai. Damai je. Banyak pulak tu pantai2 yg masyaallah cantik nyerrr. Tàk pegi pulau2 pun takpe, kene berani ikot jalan kampong cari pantai yg takde orang. Jernih ya amat airnye. Di Mersing dekat area kedai Satay Teluk Iskandar, cuba trun ke pantai berbatu. Cantek seriess! Aku pg magrib, try amek pic fail. Hitam je x nampak ape2. Next time pg aku bwak dslr.

Turun je Jb terus banyak kreta, sakit hati je. So pg danga bay hirup angin, makan kacang pool kat medan selera bomba, g nusajaya konon nak masuk hello kitty town. Fulamakkkk mahal xingat, terus x jadi. Pusing2 je kat situ. Posing kat puteri harbor, pg solat kota iskandar. Pastu niat nk pg tg kupang tgok memorial, telepas simpang pulak. Last2 ktorang terus g tg Piai. Highlight trip JJJ aku.

Aku nak declare, aku jatuh cinta dengan hutan simpan Tg Piai. Cantik dan luas tempat ni. Tak padan dgn rm5 tiket masuk. Ok, aku bajet ala2 pencinta alam kann so memang syokk arr masuk hutan cenggini. Kalau bebetoi menghayati, mau 2 jam pon x cukop dok dalam hutan paya ni. Padahal ada 2 attraction dia x buka sebab revamp. Tapi tupun lama jugak aku kat sini. Korang bole jalan2 tepi laut, naik titi ke tengah laut, naik menara, tengok siput2 dalam paya, tengok burung raja udang, tengok tu tengok ni. Lewat petang ramai kawan2 berbulu turun. Kalo berani bole la bgambar dgn kera liar garang..

Lepas keluar Tg Piai, terus balik. Singgah makan dkt umbai Melaka sbb nak makan seafood. Nak jugak sebab x jumpa seafood kat Mersing, silap pi kedai sate.

Maka selesai la trip JJJ aku. Semoga sampai lagi di lain kali heiheuheiii

No comments:

Post a Comment