Aku nak kongsi perasaan aku pasal 1jenis penyakit. Jarang aku ni sakit. Tapi kali ni teruk aku kene. Bartolin sis. Sejenis sis (cyst) di bahagian faraj tapi yg tak bahayakan nyawa. Nama sis tapi nampak cam bisul je sebab ade nanah. Aku tulis ni untuk bacaan orang2 yg kena sis ni. So kalo korang sesat kat sini and kompius sis apo ke jenis ni, maka silalah google. Malaih aku nak ceghito hal lain selain bab sakit aku yg tgh merana ni huahuahuaaaaa
Bartolin sis ni walopon katanya tak bahaya, tapi sakitnya bukan main weyh. Hari ni baru hari ke 3 aku kene tapi sakitnya sampai jalan x boleh, solat pon senget sebelah, berdiri x bole tegak. Duduk ngilu, baring ngeri semacam je rasa. Nak kencing sakit, nak berak susah. Kentut, batuk, bersin semua kene adjust bagi slow2 beb. Gerak sikit rasa cam kena hiris dgn pisau. Hiris pelan pelan, ok. Bukan yg laju sekali harung tu. Sila bayangkan korang amek pisau, hiris kulit sikit demi sikit. Macam tu lah...
Aku paling kisah bab sakit ni coz timing aku kene ni time kene outstation. Nak ceghita kat member2 payah, karang di bahannya takde belas kaseh dah. Kalo tak membahan, dorang memandai pulak nanti. Cenggitu cenggini. Aku risau silap haribulan aku belasah pulak orang yg membahan or memandai ni kalo dah tengah sakit macam ni. So terpaksalah diam aje, tanggung sengsorang, nanges pon sensorang. Buat keje jalan kejap macam mak buyung kejap macam itik kejap macam orang buasir. Menitik nitik ayaq mata, tahan je. Gila da lama aku tak nanges buat drama dalam toilet uhuhuuuhh
Aku ni tak suka klinik n hospital. So memang aku asek delay je nk g jumpa doktor. Nak pegi tapi tak pegi2. Satu sebab malu nk citer dgn doc. Satu lagi takut keje aku tak jalan kalo dah warded. Current bos aku perangai cam celaka bab EL or MC. Mahu satu oposntau aku ada sis kalo bos tau aku MC time outstation. Gila sadis. Satu lg aku x yakin dgn prosedur buang sis tu. Aku ade baca pengalaman orang lain kat obesi, gila scary derang kene. Ade yang berbulan, bertahun tahan sakit. Ada yang sis saiz besar kacang, ada yang saiz bola golf. Ada yg g jumpa doc, kena masuk jarum untuk sedut nanah tanpa bius. Bunyi macam sakit, memang depa kata sakit tahap dewa kalah sakit beranak. Ok siries aku x bole bayang. Ada yg berani pecahkan n picit sendiri. Yang paling scary ada yang kena sis ni ulang2 sampai 12x dalam tempoh 20thn. Start kena umor 18thn. Aiyakkk aku dah 31thn, kira benaseb baek jugak la kot baru kena. Tapi ramai orang yg x penah kena langsung tu lagilah luckyyy!
So basically ape yg aku buat is tunggu. Tak tau tunggu apa. Aku dah try guna asid laktik wash dgn sitz bath tapi tak sure ape kesan. Hari hari aku doa supaya sis tu sembuh. Kalo nak ade jugak takpa tapi biar yang tak sakit so that aku bule bt kerja dgn aman bahagia.
Aku dari awal2 terima yg sakit ni maybe balasan kot ade ape2 salah aku dah buat or dugaan test level iman aku yg nipis ni. Aku terima jugak kalau aku pun dapat kanser macam arwah mama aku. Aku terima qada dan qadar yg Allah dah tulis untuk aku. Cuma bab pedih ngilu tu aku memang tak tau nak tahan macamana lagi2 aku ni payah nak kongsi rasa sakit dgn orang. Makanya kat sinilah aku meroyan. Cam besa arr...
Nanti aku apdet ceghita sembuh or x sembuh sis aku
No comments:
Post a Comment