Sungguh ketentuan Allah itu benar, pasti dan takde yang mustahil. Ada musibah yang kita boleh elak, ada juga yang tak pernah terfikir dek akal tiba2 jadi je. Itu kebesaranNya, itu ubat untuk kita (termasuk aku) yang hidup senang lenang hingga lupa diri, itu juga ujian ke atas setiap kita as rakyat Malaysia yg bermajoriti Islam dan juga hambaNya yang kerdil.
Tak tau nak describe rasa macamana perasaan bila tau pasal shot down.. takut? marah? risau? benci? geram? Macamlah ada guna kan? Baik kita berdoa je yang terbaik untuk mangsa, untuk MAS, untuk negara kita, untuk orang kita. Sekali lagi negara kita diuji, setakat kiki takpe lagi, tapi musibah macam ni dah 2 kali. Semoga kita bersatu, at least dalam waktu sedih and berduka macam ni. Tak banyak yang boleh kita tolong, maka kita bagi semangat dan support untuk mereka2 yg boleh tolong. Tolong DIAM pon kira tolong jugak. Tak kisah kita agama apa, bangsa apa, warna kulit apa... lets pray, hope and search for the best.
Buat kesekian kali jugak, aku diingatkan. Tak kira haluan politik manapon, negara paling aku sayang dan cinta adalah Malaysia. Tak kira naik flight mana pon, airline paling aku bangga adalah MAS. Tak kira baca news kat mana pon, berita paling aku benci adalah yang burok2 nama Malaysia. Tak kira bangsa apa, Dato' LCW adalah 1-1nya atlet sukan yang aku suka tengok gamenya. Dalam banyak2 bisnesman, Tony Fernandez adalah among bisnesman yang paling aku kagum. Makanya, janji nama yang dibawa adalah Malaysia, disitulah hati dan doa aku berada. Di situ juga aku tumpang harapan dan impian seorang manusia bernama aku!
PrayforMH17
No comments:
Post a Comment