Ekcelli, kalau naseb baek bole jumpa makanan yg ada logo halal badan Islam local. Cam kat Aussie, Vietnam, Thailand, China ada je. Cuma makanan tu jumpa ke tak je la sebab yg jual mestilah kat specialty punya kedai. My best bet ialah cari masjid or pusat Islam, insya-alla akan ada kedai tepi2 tu yg jual makanan berlogo halal. Kalau tak tau tanya pada orang sekitar masjid kat mana ade kedai jual makanan halal.
Satu lagi option kalau susah sangat nak jumapa kedai halal ialah pi kedai ade tulis kosyer. Kat Aussie contohnya berlambak if nak banding dgn Halal punya kedai. Kosyer ni ape? Maksudnya setara dgn halal tapi Yahudi punya version. Ooopss... Yahudi! Kenapa Kosyer ni boleh makan? Sebab kosyer pon takde babi, anjing or unsur2 yg haram di makan. Aku tak kata Kosyer ni sebijik sama macam Halal cumanya kalau da takda pilihan lain maka dibolehkan makan makanan kosyer ni. Dah tanya beberapa ustaz dah untuk pencerahan. Korang boleh jugak google blog2 lain yg ade citer pasal nih.
Tak yakin jugak? Janganlah makan woi... takyah buat payah! Tak yakin, was-was, tak percaya makan jangan buat. Masakan mak korang sendiri pon mau was-was tapi korang makan jugak maka haram. Mau ade status halal pon korang ragu2 macam cadbury tuh maka haramlah hukumnya bila korang makan jugak. Senang ja. Paham? Ok nampak sangat entry ni inspirasi dari isu cadbury kan kehkehhkeee!
So kalau kosher pon tak jumpa jugak camno? Kalau korang macam aku yang suka nak rasa makanan local, maka kenalah korang berani demand2 dgn tukang kedai. Contohnya kalau di Korea, aku akan minta menu vegetarian contohnya kimchi jiggae (kimchi stew) dan pesan jangan campur daging or alkohol. Choeltae anduwwae! Setakat ni pekedai paham, siap boleh dengar lagi derang pesan kat tukang masak 'daging tak boleh, alkohol tak boleh". Ade sestengah tempat tu nampak je aku masuk terus suggest menu sayur or ikan sebabnya aku pakai tudung. Nasiblah kalau kedai kita masuk tu ada yang tak paham just cakaplah elok2, jangan mengamuk pulak. Try2 la hafal word2 berkaitan makanan di negara korang nak pegi so senang.
Ape lagi option lain? Ade... senang je. Masak sendiri! Bahan mentah samada korang bawa dari Malaysia takpon beli kat negara korang pergi. Masa kat jepun, aku ade buat ni tapi guna instant rice, mee or noodle dengan sardin je. Sebab lapar, semua rasa sedap gila sampai bertambah2. Well, aku ni tak memilih makanan dan takde alergi. Kalo korang ade penyakit memilih makanan, pandai2la sesuaikan. Masa di Beijing one of kawan aku tak berani makan makanan local. Starbuck dia berani pulak. Makanya dia bawa periuk nasi, serunding bagai. Aku sangat tak suka cara ni. Bawak maggi 2 bgkus kecik tu pon da telampau banyak bagi aku. Ni memasing punya style la ye. Janji bahagiaa idop.
Bagi sesapa yang bertuah ade kawan or sedara boleh tumpang stay kat rumah tu, lain ceritalah kan. Sama jugak yang pegi dgn tour tu boleh suruh guide yang cari makanan halal. Yang pasti, gi travel ni memang bagus bagi sesiapa yang kurangkan berat lagi2 kalau gi sendiri. Jalan banyak2, sesat jauh2, makan berat sekali je sehari. Nak lagi save, 2-3 hari je sekali melantak. Bajet cantek, perut pon langsing
No comments:
Post a Comment