Kenapa macai? Ni mesti penyokong kuat BN dgn UMNO nih. Tak pepasal haku masuk bab politik. Beberapa bulan lepas kena label macai coz menyokong penjimatan yg gomen suruh. Masa tu aku suggest kat fesbuk suh kurangkan makan kat tempat2 mahal macam setabak and begerking. Well.. macai jer kowtt tahan makan kat mamak or goreng maggi jerww.. yg pihak yg 'sentiasa' benar tuh semua kaki setabak tuh yg marah nau aku suh jimat duit! Padahal dalam Quran da beribu taun dok suh berjimat cermat jangan membazir tu, depa nak kata Quran tu macai jugak ke????!!! Mau depa tu smua bukan Islam aku paham la jugak. Masalohnya yg dok emo pasai berjimat kat fesbuk tu orang Islam. Hok alllllohhh buat payoh!!
Lupakan kisah berjimat (sapa berjimat tu macai.. korang nak ke jadi macai?) dan manusia2 buduh yg semua benda nak relate dengan politik. Ada satu kisah berapa taun dah nih yang aku dok risau and nampaknya belum ada penamat. Kisah nama Tuhan yang satu2nya aku sembah dan percaya nak dijadikan tuhan dalam kitab agama lain. Allah SWT. Lepas tu ada pulak artikel beruk yang kata Allah tu hanya perkataan Arabic yang bermaksud tuhan, God, Lord. Padahal term tuhan dalam bahasa Arab ialah Ilah. Sebab tu dalam syahadah ditulis Laa Ilaaha Illallah - Tiada tuhan melainkan Allah. Kalau Allah tu maksud tuhan, maka syahadah tu jadilah - Tiada tuhan melainkan tuhan. Hapekah??? Cuma manusia otak separuh je yg boleh buat ayat kuak lentang macam nih. So human! Jangan tanya aku pasal nahu, aku belajar algebra. Aku tahu apa yg aku wajib tau ja. Tapi x tahu nahu Arab pun still boleh fikir kan? Kita bersyahadah at least 9x 1hari, x perasan ker?
Kononnya term Allah dah berleluasa digunakan dalam kitab bukan Islam di negara2 lain termasuk Arab. So what?? If Arab, Indonesia dan negara Islam lain x jaga Islam dan nama tuhan dengan sepatutnya, takkan Malaysia pon kena ikot juga? For the sake of humanity? Kononnya lagi nama tuhan dipilih berdasarkan budaya dan bahasa di negara tersebut. Dalam bahasa Melayu, God = tuhan. Simple kan. Dah tu guna jer la perkataan tuhan. Baru ade perpaduan. Kenapa mesti nak guna nama Allah? Itu nama dan perkataan yang suci dalam Islam. Satu dunia tau Allah tu merujuk kepada tuhan untuk umat Islam.
Nama tuhan kita boleh buat main ke? Tuhan yang Esa dan kita sembah, bukan manusia or binatang. Agama lain tak kisah guna nama tuhan kita dalam buku diorang, takpe tu hal diorang. Kita kena kisah! Allah swt Maha Esa, x ada sedara, anak or bini dan ada zat2/sifat2 agung yg tak ade kat makhluk. Tuhan dalam agama lain tu sama ke? Cuba fikir 5-10 tahun ke depan bila anak2 tanya apa beza Allah dalam Quran dengan Allah dalam kitab lain. Kalau ada beza2 dan x boleh sembah, kenapa nama sama? Surname? Adik beradik ke? Gomen langit lain2 ke? Syurga neraka lain2 ke? Cemana nak jawab??? Cemana, cemana, cemana
Muslim especially di Malaysia, anda x kesah ke. Perlu ke sebab politik, didiamkan isu tauhid dan akidah. Aku sangat x paham kenapa banyak ulama tersohor Malaysia yang x ambil kisah menda ni.. demi perpaduan kaum?? Aku pike2 mau xnaik isu ni, lagi padu kaum2 kat Malaysia ni. Whatever. Sorry to say, dalam isu ni aku menyokong kuat Jab Agama, Home Ministry dan Sultan. Kbye