June 26, 2013

Melbourne 1.2: Melbourne CBD dan Vic Market

Yuhuuu! Hari ke-2 di Melbourne. Layan gambaq dulu coz mood tengah sucks. Astro si dungu punya pasal. Layan jahh! Tekan dekat pic untuk bagi besaq naa..





Basically hari ke2 ni kitorang memang pusing2 ja kat Melbourne city ni. Mula2 guide bawak pg Independance memorial dengan pantai Brighton beach yang ada macam Sorento hut tapi bukan tuh. Tempat sebenar kat Mornington peninsular, jauh gak dengan Melben CBD. Lepas 1jam dua tilik2 and posing2 kat huts ktorg balik ke CBD, turun depan Fed Square. Tujuannya nak amek tourist map coz kat sini ade visito centre yang besar jugak. Main visitor centre? Maybe. Fed square gak ader free wifi kalo sesapa nak aplod pic ke fesbuk ;pp.

Da dapat map, mulalah jalan2 yang xder hala tuju. So pic kat atas tu random snap jer. Masa jejalan tejumpa restoran Indon, Nelayan so kitorg isi perut kat situ. Masuk lorong keluar lorong, jumpa kedai subenir terus masuk padahal banyak kali aku pesan barang dkt Vic market lagi muroh. Plan asal nak cari alley yang ade graffiti buat posing maut tapi x jumpa coz mama aku asek nak shopping. Hahahh lawakla mama aku nih. Alih2 kul 3ptg baru sampai ke Vic market. Lagi hancur, tukang kedai tengah mengemas nak tutup kedai and market tu memang dah lapang gila. Makna kata mau nak pi Vic market korang pg la awal pagi baru masyukk! Tapi kitorg sempat gak la beli sebenir mana yg patut and saper yg da tebeli awal dgn rega mahal berX ganda tu memanglah jadi bahan aku gelak puas2.

Kul 5ptg guide bawak ktorg balik hotel and memang kelam kelibutlah aku solat jamak coz magrib masuk kul 5.30pm time winter. Malam tu aku kuar berdua dgn member g jejalan tepi2 hotel. Takde ape yang menarik coz Melben ni macam bandar mati je waktu malam aku tengok. Bar and pub je banyak orang, kedai lain tutupp awaii. Kendian jumpa bangunan cantik, gereja sebenarnya tapi x kira kitorang snap gak gambar. Kat ctu jumpa Garfield!!! Hahahh memang taklahh, kuceng gemok je. Gemuk dan sombong. Snap lagi dan lagi..

Maka tamatlah hari pusing CBD. Banyak tempat yang x pergi sebenarnya coz melayan orang nak shopping kekekeee. Takpo laa next time kalo sanggup buang duit aku pi lagikk. Takpun carik conference area cni so dapekla aku jjlan free hahahhh. Hokeyy la for noww. Till then, salammm masuk tidoq!

Update: Sila tekan untuk entry berkaitan
Melbourne 0.0
Melbourne 0.1
Melbourne 1.1
Melbourne 1.3

June 25, 2013

Melbourne 1.1: The Great Ocean Road and Great Nausea

Mengantuknya! Tapi kene gak post entry ni, mau tak ntah taun bila baru mai teringin nak post. Aku pecahkan entry kat Melben ikut hari cos cam banyak plak cerita or pic untuk tiap2 hari tukan. So 1st day buang masa dalam flight je so xyah citer laa. Kesah kat epot dah masuk dalam entry lepas. Alkisahnyer entry ni citer pasal 2nd day kitorang kat Melbourne yakni jejalan kat Great Ocean Road. Pueh hati gila la aku coz dah lama aku aim nak sampai sini. Alhamdulillah da sampai, oh yeahhh! Tapi....:((((

Hujann!! Musim kat Melbourne time nih sangat tak best coz sangat super duper sejuk dan hujan memanjang. Kekadang lebat kekadang renyai2 je. Tapi sepanjang2 pagi tu memang ujan memanjang, boleh tengok dalam pic yang blur and kabur kat bawah. Mood aku ponn da macam hujann gakk.... Layan la picc nu haa


Basically gambar yang ade statue orang penyodok tulah tempat bermulanya Great Ocean Road (GOR). Sebenarnya jalan yang sangat panjang kat tebing laut jer. Panjang tu bermaksud berjam2 jugakla dok nampak laut dengan wave yang sangat owsem aka kuat and boleh makan orankk. Wajibla kan coz ni memang antara tempat famous untuk sukan surfing. Aderla 2-3 surfer tengah cuba naseb tapi sebab ujan aku just mengintai dari dalam kereta jerr. And GOR ni jugak walaopon tak tinggi cam balik pulau tu tapi jalan dia berliku2 yang bapak mantap gak laa. Mama aku siap muntah bagai. Aku dgn member pon mual semacam jugak tapi coz nak control macho punya pasal, tahan jerla. Bila x tahan ktorg berenti tengok view walopon ujan. Kalo muntah kang mesti lagi tambah mood hujan aku. Yang peliknya bro kecik aku and 2 org tour guide ktorg cam immune plak xde pening ke haper. Ciann mak aku.. 

So aku nak bagi petua yang aku x jupe lagi dalam memana blog. Tips nya kalo trip korg cam ramai pompuan tu, bersedia lah untuk pening and mual di GOR. Guide ade bgtau 2 mgu before us, derang bawak dlm 10 org student UM pg GOR, yg pompuan semua muntah. Hahaahh!! Nape pompuan je??? Aku x tau. Pastu kalo korg suka tgok scenary better xyah sewa kreta coz kalau tgah drive cemana nak layan tepi laut yang cantik tu kann. Terpulang kat korang, boleh jugak kot kalau buat shift driver. 2-3 jam nampak laut muak jugak aku raser. Sepanjang GOR ni belambak stops untuk lookouts so korang just alert and pilih nak benti kat mana. Main attraction GOR? Opkos la 12 apostle yang famous tuhh. Bila dah femes, manusia pon sangat banyakk. Pastu awal2 GOR tu xyah benti banyak or lama sangat coz nanti kat ujung2 da nak malam kang banyak stop wajib yang korang x sempat. Cam ktorg coz pg time winter, subuh kul 6am tapi magrib kul 5pm. Siang pendek so kitorg stay kat GOR sampai lepas Magrib gara2 nk tgok gak satu tempat ni, aku da lupa nama tapi yg last 2 pics kaler dark blue tu. Rugi woo kalo x tgok!

Hokeyy itu aje ini kali, laen kali siri 1.2 dekat Melbourne CBD plakkss. Aku xtau naper pic2 aku ke kiri ke kanan cam x semenggah tu tapi aku x bekenan pic aku makan space banyak so aku letak le sebelah2. Kalo pening g jumpe doc ekk.. Adioss folkss!!

June 16, 2013

Melbourne 0.1: Persediaan Melbourne trip

Cam dalam post lepas, aku dah bitau aku pergi Melbourne ni dengan tour agent, tak pergi backpack coz family ikut sekali. Gilalah nak suh mak aku backpack kan. So berikut senarai menda yang aku kena pening kepala nak arrange and aku rase korang pun cam tu jugak if nak pergi memana pon. Tambah dengan negara omputih yang tengah fobia ntah hape2 and segala syarat marat masuk negara derang yang cam mak nenek tuhh:

Flight + Hotel
Idea asal aku ke Aussie ni coz Airasia ade buat promo untuk matta fair awal tahun 2013. Tiket flight sekali hotel untuk 5d4n start from RM1300. Aku rasa rega standard je tuhh, tapi member cakap murahhhh! So aku pon amek jerlaa coz x penah sampai lagi Aussie. So dengan makan and luggage semer jadila rm1500 sorang. Harga ni kalau pergi Korea boleh duduk sampai 9hari tau! So senang cerita Aussiee ni bapakkk la mahal. Padahal hotel nama bajet je pun. Miami Hotel Melbourne. Kat sana derang panggil Miami motor inn. Harga sebilik twin bed semalam dekat RM400 ~ 130Aud. Baik guna duit tu gi menginap kat shangrila lagi best.

Tapi ni harga kat Airasia la. Bila aku check dekat Booking or Agoda, dapat je Rm200++ twin room pernight. So aku kena tipu kali ke2 (1st time masa book hotel kat Osaka) dengan AAsiaGo lalalaaaa.. Tapi kalau amek tiket AAsia return flight jer harga 1200 hengget 1org. Bila amek pakej sekali hotel, flight sahaja jadi 800 hengget jer. So aku kira2 saving banyak gak la situu.. Sebenarnya kalau nak jimat cost lagik, amek je bilik kat Malaysian Hall Melbourne. X sampai rm100 sorang semalam. Tapi panjang la proses dia. Aku x penah try so aku xsure exactly macamana. Korang boleh cek kat SINI

Passport + Visa
Sebenarnya patut pikir pasal paspot dengan visa dolu. Tapi sebab aku ni jenis pantang nampak tiket promo murah terus beli maka jatuhla tajuk ni ke no2. Aku da tekena dengan immigration Aussie ni, visa aku cuma lepas leklok je sehari before flight departure ke Melbourne. Salah aku jugak la coz lambat renew paspot. Lagi 2 minggu before departure baru dapat paspot sebab immigration kajang punyer sistem tengan semput. Ramai sangat yg nak apply/renew bila time cuti2 sekola. Aku yang sendiri carik nahas pergi renew time cuti skolaa

Nak selamat prepare awal2 paspot yang still valid lebih dari 6 bulan dari tarikh nak pergi. Pastu apply terus visa aussie sebulan sebelum pon boleyh kat SINI. Saper nama yang ade Abu, Abi, Mohammad tuh bersedia la untuk request pending lama sikit before dapat visa. Apply visa boleh buat sendiri kena bayar 20aud 1org and boleh jugak mintak agent buatkan dengan bayaran yang agent tetapkan. Cam aku, free je agent aku bagi. Pastu pastikan korang print ape2 bukti yang korang dah apply dan dah approved pun visa tu coz kat epot melbourne nanti macam2 bole jadi. Tetibe paspot or visa x boleh scan kat mesin hitech derang tuhh.. Pastu macam2 la dia tanya, kat mana buat la, saper buat la, bila buat la bla blaaa.

Tour
Untuk tour, korang ade pilihan nak jejalan dalam Melbourne city je ker or nak go beyond Melbourne. Kalau nak jejalan kat city jer, xpayah la amek tour guide, buang duit jer. Korang boleh jalan2 sendiri or guna tram. Tram ade yg bayar ade gak yang free. Ade jugak bus hop on hop off tu. Pilih la nak guna mana. Jangan sesekali amek cab coz mahalnye tak berbaloi langsung

Kalau nak pg beyond Melbourne ade banyak pilihan tempat boleh pergi. Sila cek tour website yg aku bagi before ni. Tu semua Melbourne based tour company. Nak amek dengan tour kat Malaysia pon ader jugak cam aku amek tapi harga memang ke bulan bintang punya mahal. Kalau nak tour guide yang aku amek sila lah contact aku yer. Boleh dapat lagi murah coz terus contact derang, tak perlu go thru' agent cam aku. Budak2 nipun dah pesan kalau ade sesapa nak g Melbourne contact la derang. Derang ni student sana so harga cam boleh adjust2 lagi. Kira aku ni tolong promote derang sesambil tolong orang Mesia yang nak gi sana jugak. Selagi boleh simpan duit better simpan kan.

Makan and solat
Kat Melbourne x susah nak cari makanan halal. Kedai Melayu, Indon, Arab merata banyak. Since aku pg dengan tour, derang yg guide pasal makanan. Sampai2 je ktorg sambar kebab coz lapar, malam dan sejuk tgah nak masuk winter. Kalau korang pg sendiri sila2lah google list kedai yang halal, halal meat or non pork. Yang sure boleh makan ialah Nando's and Lord of Fries. Yg lain cam seafood tu boleh jugak janji x letak wine. Pastu cokelat kat sini pon best dan brand2 yang popular tu mostly boleyh makan. Cadbury, Mars, Whittaker, Kit kat, Snickers.

Pasal solat, walaupun Melbourne ni macam banyak gak terdedah to Muslim coz ramai jugak local Australian and foreign Muslim, tapi facility melampaulah limited. Kat major tourist site jer ade cam epot, Flinder Street Station. Kalau keluar dari Melbourne tu jangan harapla ade surau ke haper. So, kitorang solat kat kawasan2 yang kering and tersorok dari orang. Tour guide ade bgtau kekadang derang solat kat tepi pantai, area bangku and mana bawah pokok yang bersih dan kering. Nasib aku tour guide dapat muslim so kalau yang bukan muslim tu aku x tau cemana. Maybe korang kena pepandai cari tempat and masa untuk bersolat. kalau pergi private tour ok lagi tapi kalau naik bas reramai dengan non muslim tu aku x dapat bayang cemana.

Currency
Matawang opkos la Ausiie Dollar. Rate selalu turun naik so korang kena lah alert bila rate murah and bila dia mahal. Nak sonang, cek Bank Negara Malaysia punya website.Pastu aku tengok gak rate money changer kat Melbourne, cam lebih kurang jek. Rate kat Kajang time aku tukar RM3.08=1Aud. Kat Melbourne RM3.10=1Aud. Beza RM0.02. Kalo currency lain korang cek sendiri naa....

Luggage
Luggage tak kisah rupabentuk or warna cemana pon janji lepas naik flight korang. Yang kisahnyer, ape yang korang bawak. Macam2 la kat blog yang orang kata boleh dan tak boleh bawak. Bagi aku, avoid jer bawak barang yang x pasti boleh bawak ke tak. If duduk setakat 5 ke 7 hari x perlu bawak beras bagai, lainla mau rombongan cik gayah yang datang. Kalau nak jugak bawak, sila lah declare kat borang kastam, jangan purak2 malu pulak. Sekeyh kang.

Pastu kat epot nanti konfem semua bag akan kena cium molot dengan encek hanjing x kisah korang bawak aper pon. So mengaku jer dulu before hanjeng tu tolong mengaku untuk korang. Orang yang datang sehelai sepinggang maybe x kena hidu kot. Kalau sesapa ader bawak ubat ke ape, tick awal2 kat borang kastam walaopun sebutir je ubat yg korang bawak. Cam lorat je kan? Takkan sebijik panadol pon ade hal kot. Well, mak aku bawak ubat dgn jarum diebetis pastu adik aku plak pandai g bawak 1botol full air mineral. Aku pg mgaku siap2 b4 pg bramah mesra dgn hanjeng. Masa ajing tu mai, dia cool jer x excited ke hape so officer tu lepas la kitorg. Ameinnn. Tu kitorg, kalau korang nak try nasib silakannn..

Transport
Rental car, Bas, taxi, tram, train and flight kalau nak keluar dari Melbourne. Ferry or cruise kalau nak ke Tazmania. Semua pilihan ni ader, korang pilih jer la. Dekat airport lagi dah ader rental car company. Pada aku rental car lagi murah kalau korang ramai and nak pg beyond Melbourne cam Great Ocean Road, Ballarat, Mt Buller, Grampian or Phillip Island. Taxi super mahal so aku x brani nak recommend. Dari airport takde train or tram so better naik bus or shuttle service to Melbourne CBD macam Skybus. Service time biasa last pukul 10pm so korang kena plan baik punyer. Boleyh cek melbourne airport punyer website.

Kalau nak tau lagi lanjut kenalaa cek semua website derang yg berkenaan. Xlarat aku nak link semua kat sini. Lagi satu Airasia flight turun dekat Tullmarine airport, MAS aku xsure so cek dulu. Jangan salah airport pulak masa arrange transport.
***************************************************

Aku ingat orang belah Jepun or Korea lagi banyak songeh la coz derang x brapa reti English so peraturan kena la lagi ketat kan. Rupenyer mat saleh ni super duper songeh nyer. Maybe aku kurang interact dengan local coz da pakai tour guide. Yang aku interact sikit2 tu plak yang menyombong tak tentu pasal so dalam kepala aku nih dah implant yang orang Australia ni sombong. Ade la 3-5 insiden kat McD, kastam, epot, kedai yang buat aku rasa cam tuhh. Maybe dengan aku jer kot. Or maybe coz aku pakai tudong? Ntah, wa tak tau. Hahahh

Another super long entry. Mencik nyer aku tengok, tapi x sampai ati nak delete coz da penat tulis long2. Korang pon da baca sampai abes kan. Kakaaakaaaa....! Pic Aussie dalam next entry. For now bye-bye amigo!!

Melbourne 0.0
Melbourne 1.1
Melbourne 1.2

Melbourne 1.3

June 10, 2013

Melbourne 0.0: Duit gaji da kempisss

Gaji bulan ni tinggal 150 hengget ohh yeahh!! Ni seme Melbourne punyer pasal. Punya la mahal transport and hotel and makan bagai! Bagus jugak, makin aku bersyukor jadi orang Malaysia yang idop kat Malaysia. Gile hape hotel bajet rege rm400 per room per night. Kat Malaysia da bole stay kat Pullman Lakeside kowttt. Rega airport shuttle bus rm50 1org sehala untuk 20km trip. Gila lagi!! Aarghh pening kepala gua nak kira modal. Abis gaji 3 bulan aku. Naseb baek xde mulot lain aku nak kena feed..

Dah padanla muka gedik sangat, gaji ciput tapi jejalan nak tempat anak menteri je. Tapi siyes aku besyukor belum tawen lagiii huhukkhuu. Kendian nak buat citer lagi best, aku punya visa skang tengah pending. Da seminggu lebih apply, orang lain dah clear aku jer tegendaler. Wut de heck la, kabo angin kater coz nama gua ber binkan nama junjungan tebesa kiter - Mohamad, which is also nama bapak kue. Well, aku xnak komen panjang b4 aku tau cerita sebenar. Yang konfem aku super stres ni, lusa da nak fly, visa x dapat2. Masalah paling besau, kalo aku x pergi, yang lagi 3 nuh pon x brani pergi. Arghhhh! Rugi arr dettt!!

Cemanapun, nak cerita gak ongkos trip ke Melbourne ni walopon kitorang x sampai lagi tapi da abes at least 3k seorang untuk flight, hotel and tour. Aku rasa rega tour ni super mahal, maybe sebab private tour and amek dengan agent kat KL. Aku da google and jumpe Melbourne tour company NI yang aku rase harga tour dia memang berbaloi and antara yang termurah jugak. Tapi kene share bas dengan tourist lain so kurangla privatenye and susah la kot kalau nak adjust masa untuk solat ke aper. Aku tak sure on that part, korang tryla baca blog ke aper pasal ni. Since my mum ikot sekali so aku decide solat and comfort must comes first. Dats why harga yang x masuk akal MAHAL iteww! Kalo aku and member jer xder hal redah solat tepi sungai or bejalan sampai lebam pon boleyh.. Fuhhh xperla aku redha. Korang rajin2la google sendiri kalau nak cari tour lain yang murah yerr.

oK arr, entry kali ni takder gambo coz aku belum sampai lagik teeeheheeee. Mau visa aku lepas nanti ader la insya alla entry 1.0 yer. Doakan semua selamat dan lancar, puh-leeeeeze.

Update: Aku bagi jugak pilihan tour lain yg aku jumpe tapi mahal banyak gak arr. Pandai2 la korang pilih
Autopia
ATWAD
Extragreen
GOR tour
Special tour: tinggal message kat comment!

next post ---- Melbourne 0.1

June 4, 2013

Mana Aku Jalan2 Bawa Diri??

Aku buat entry ni khas untuk link ke another blog omputih aku memandangkan aku dah lupe password blog itue argghhh!!! Tapi kalau ade sesapa yg tengah blogwalking or cari tips ka hape pasai jejalan, boley la try tekan2 link kt bawah ni eyhhhhh...

Jejalan sempoi gi Brunei DS
Pilgrim to Arabian soil
Pakistan germs
1st jejalan Korea
Muslim travel agencies
Cuti cuti Malaysia

Okay... banyak2 aku dok soksek rupenyer sikit ni jer entry pasal jejalan kat blog tu. Aiseyhhh konon nak buat travel blogg. Mimpi siang betoi~~~