Ohh ape la nak jadi. Japan Osaka adalah trip paling aku jatuh cinta dalam bebanyak trip yg aku pi. Tapi bole plak entrynya aku buat 2 tahun kendian kan kann kann. Adeihh la, bak kata pepatah seorang aku: Makin sayang makin peram, Yang x sayang tu ku lambak2kan aheheheeehh. Kasi aci jer la. Kenapa aku in-love sangat dengan trip Osaka-Kyoto-Nara-Himeji-Okayama nih? Sobab aku cover semua jenis tempat. Shrine, air terjun, pulau, theme park, anime studio, istana lama, zoo, shopping, sungai, hutan, bukit. Just name it! Semua dapat jejak dalam masa 9 days. Suka, sukaa, sukaaa!!
Oleh sebab aku dah suka sangat dgn trip ni maka aku dgn rajinnya buat entry ikot hari. Semoga aku rajin sampai hari last. Trip ni aku pi ber-2 je, dgn younger bro, bukan encek somi or bofren ye. X main tu semua, propa! Time ni jugak visa still kena buat so aku memang merasa la kelam kabut minta surat majikan, bank statement bagai. Siap suh adik aku yg tgah dok kt Pegheleh nuh mai KL utk buat visa kat embassy Jln Stonor. Alih2 sebenaqnya wakil pon boleh aje. Cehh. Tapi ok la baru tau embassy Jepun tu rupa macamana kan, pujuk diri sendiri. Dah ceghita ni semua dalam entry ni
Aku bajet rm7000 kat tgn utk expenses aku+adik aku. Total duit kat tangan ktorg rm9000 coz adik aku bwak rm2000. Tapi sepanjang kat sana kitorg 2org juz guna total dlm rm3000. Campur hotel+flight tix bagai jadila rm5000 total. Baeklah mahal da boleh beli motor sebijik, memang mahal dah nama pon Jepun. Tapi dah tringin sangat coz dok baca komik doremon altramen son goku bagai maka pigilah kau! Meh aku bagi dulu list tempat2 yg aku pg b4 aku lupa:
Day 1: Kansai Airport, Chisun hotel Shinbashi
Day 2: Osaka, Tennouji
Day 3: Kyoto, Arashiyama, Toei Animation Studio
Day 4: Himeji, Okayama
Day 5: Osaka Akuarium, Osaka-ji,
Day 6: Nara
Day 7: Amanohashidate
Day 8: Ten-ten town, Minoo Waterfall
Day 9: US Osaka, Fly balik!!!
Aku pakai Kansai Wide Area Pass sepanjang trip ni, harga sorang 7200yen ~ rm200. Boleh naik train JR siang malam selama 4 hari pusing Osaka dan jajahan sekitar - Nara, Himeji, Kobe, Okayama, Wakayama, dll sampai lebam. JR tu kiranya macam Malaysia punya KTM, network ketapi dia panjang ke seluruh Jepun. Shinkansen (bullet train) pon bawah JR. If nak travel 2-2 ke utara and selatan Jepun better beli JR Pass, pastu trebel lah dari Hokaido turun bawah ke Tokyo terus gerak ke barat jepun. Banyak duit bole terus terbang Okinawa. Ade lagi tren lain bawah syarikat lain yg kena beli tiket cara lain pulak.
Cerita pasal tren, memang banyak kisah huru hara sebab x paham sistem and jenis2 train. Dah stadi gempaq punya pasal map dgn tren sistem dia pon aku x paham2 jugak. Nanti aku ceghita ikot hari, insya-alla semoga aku ghajin..... Insya-allah. Hehehhh
Mata ao!
No comments:
Post a Comment