August 27, 2013

Aku, Hidup si Andartu dan Pros Cons

2 tahun lepas mama aku yang start balik menulis cakap 'best jugak kalau buat novel pasal andartu, dok?'. Aku sangap jap 2 saat bila dengaq mak kandung aku sendirik cakap cenggitu. Besa mama aku x penah tanya or komplen2 aku x kawen2, ni tetibe apekah??? Pastu mama aku cepat2 xplen, bukan dia nak hina tapi nak ceghita kisah benar dari pengalaman sebenaq so oghang paham dan buka mata cemana hidup andartu zaman la neyh. But still la kan, pengalaman sebenaq = aku, yakni anak dagho dia yang x kawen2 lagi nih. Lepas 2 saat aku pike balik, napa nak sangap? napa nak malu andartu? Bedosa ke? Orang da kawen tapi x tutop aurat dan still myusahlan mak bapak nu bukan lagi bdosa dan memalukan ke?

So greenlight la aku bagi kat mama aku, sila la tulis ceghita tu coz aku tingin nak baca jugok. Mana la tau dapat award penulisan ke hape... bleh tumpang glemer. Well, itu 2 tahun lepas. 2 tahun kendian, anak dara mak aku yang ni still anak dara, tapi novel tu still x siap2. Reason, mak aku sibuk memikio n menyebokkan diri pasal kenduri kawen 3 org anak dier yang bukan aku kendiannye membuahkan 2 org cucu jantan n betina laki n pompuan.... Kehkehhh rezeki Allah bagi thru banyak caro, Allah maha kaya dan kreatif. Akal manusia jugekk yang x tercapai hikmah dan barokahnyee... ye dok??

Then X payah rasa2 teka2 pon aku tau sedare mare dok tanya mak aku nape n bila laaa aku nak nek jinjang pelamin. Cian mak aku kene menjawab. Aunty aku sokmo pesan, 'kaklong jangan simpan lelama, x elok. mende baek kita patut cepat2!'. Well apokah yg aku simpan itu?.. Jin hensem mana lah agaknya yang dok damping sebelah aku tapi aku x nampak2 kan kan kann? Naseb baek mak aku sporting, selalu tolong aku cover line cakap x bersedia. Aku da pesan suh mama aku cakap xde calon sbb Allah letak jodoh lambat lagi. Kalo orang kata 'jodoh kena pi carik', aku nak suh jawab, Allah da letak aku xde nafsu nak gedik2 pi kejo or hambat jantan atau nak pasang badan solek2 cam drag queen. Cliche?? Gahahaa, well perlu ke aku jd gedik n seksa diri demi xmoh jadi andartu kukukuuuu!

Percaya x andartu ni sebenonya banyak gila kelebihan? X perlu la cedey2 coz jodoh xde, semua Allah da susun baik punya. Aku brani kata aku achieve lagi banyak banding org2 da kawen keliling aku. Well opkos, semua benda baik yang Allah bagi aku anggap achievement. Itu cara aku idop. Bole travel, achievement. Bole sponsor family g jjln, achievement. Bole lead projek, achievement. Bole bayar utang ptptn, achievement. Bole siap report, achievement. Bole dapat award, achievement. Bole hidup sorang2, achievement. Lantakla orang nak kata aku tengah pasrah ke kecewa ke tapi aku seriously happy being wut I am. Andartu. Cer baca neyh, list benefit andartu aku:

  • X payah sibuk belajar masak untuk ambil hati somi and mak mertua. Masak je untuk hati dan perut sendiri
  • Lagi banyak masa untuk beramal. Baca Quran, qiamullail, join charity, volunteer program dll
  • Xdehal nak kuar beriadah coz xde anak n somi nak jaga kat rumah
  • Hati lagi bersih sebab sedar kekurangan diri berbanding orang seusia yang lain. Ramai sgt orang da kawen yg aku kenal (ulang: yang aku kenal) ni anggap diri depa tu lagi mulia n tinggi darjat coz da kawen, bukan coz lebih beriman
  • Xyah dok gila tupperware, corell, clorox (huhh???) segala mak nenek jenama bagai yang aku x paham ape beza dgn bekas taufufa juai kat pasar malam. 
  • Xperlu abes det beli tudung fareeda or baju jovian yg rega setengah bulan gaji. Pakai je tudung 5 saploh hengget beli kat phnom penh market or baju reject 15 hengget selai janji tutup semua aurat
  • Bebas dari dosa akibat mengabai atau x jaga suami dan anak2
  • Bebas merancang kewangan dan masa depan. Abeskan baya ptptn dulu before kongsi loan beli rumah or keter. Kalo kawen nanti suruh somi yg bayo abes ptptn, kena tuduh queen control plok!
  • X kesah dok umah pigeon hole 600sqft. Sewa rumah murah, save bajet. Saiz kecik senang nak susun and kemas
  • Bebas nak pi becotey2 dalam or luar Malaysia secara backpack bajet n amek cuti sesuka ati.
  • Balik raya cuma satu tujuan je. Rumah n kampung mama!
  • Hati x was was bila nak buat xtvt ape2 coz x perlu takut somi x redha
  • Xyah risau masalah domestic violence ke, abuse, curang ke, kayu tiga ke, madu ke, becerai ke, fasakh ke, nafkah ke tuntut hak jaga anak ke
  • Pakai keter murah jenama kebangsaan pon xde hal janji sampai KL-perlis. Xperlu kete mahal yg kununnn masih selamat untuk anak2 walopon speed sampai 200km/h. WOtak luu!
  • I am stronger and independant coz semua benda, baik burok or masalah kena setel sendirian berhad
  • Jadi diri sendiri. Depan sape pun boleh jadi diri sendiri. Xde sapa nak komplen 'woih da kawen pon baca komik lagi??!'. hOkEyyy aku still diehard manga and anime fans regardless da nak kepala 3.....

Kekurangan? Opkos la ada banyak jugekk:

  • Orang lain dok tolong risau bila or napa tak kawen2
  • Kengkawan lama and bos2 tua kat opis asek dok mengulang tanya bila nak dapat kad
  • Kalau ada program parenting or marriage life, compem nama naik jd ajk kena jaga budak ala2 taska
  • Trening, keje time cuti or meeting yg xbest semua tolak ke aku, yang luar negara boleh plak orang kawen sapu hmm....
  • Bila cuti festive panjang sket, orang pelik sebab kononnye belum berfamily wat pa cuti lelama. Mama n siblings aku tu family aku la!
  • Sebab xde somi, segala keja berat buat sendiri. paip bocor, tayar pancit, keter xcden, alih almari, angkat peti ais, beli perabot, pasang pintu bla blaaa.... ade pencuri masuk rumah pon kena handle sendiri
  • X dapatla pahala dan mengamal sunnah berkahwen dan menambah umat
  • X dapat pahala jadi isteri dan ibu
  • Tingin nak main timang2 dgn baby kena tumpang anak adik2. Ok je nih, main x kena bayar 

Banyak lg kot baik burok andartu bagi orang len. Stigma andartu ni, semua asal tok nenek dari adat kita orang Melayu dan orang Asia, bagi aku. Dulu anak perempuan kejanya suri rumah dan di bawah tanggungjawab penuh somi. Tapi skang pompuan da kuar keroje and tanggungjawab sama cam lelaki even gaji pon hampir sama banyak. So x perlu la burokkan or malu sgt jadi andartu, bukannya setaraf pelacur or pompuan miang ponn. Memang x best title andartu tapi tu bukan dosa or langgar undang2 kan. Aku juz anak dara yang ditakdirkan belum kawen diusia tua lewat tapi suci berseyh dari dosa berdating, bercouple, bersex texting, bergedik2, bersentuh, berpeluk, berdua-duaan dan segala maksiat sewaktu dengannya. Apa yang salah??? X salah kan Allah x bagi jodoh awai cam orang len....?

August 13, 2013

Aku & Princess Alter Ego

Korang penah dengaq pasal alter ego? Tau pasal alter ego? Tau kan... sapa tak tau tu pi masuk tadika balik! Ok saja nak nak kasi panas mentang2 da minta mahap time ghaya ghitu kan huahuahaahaaaa!! Baeklaa aku saja nak sembang pasal alter ego sebab aku baru prasan ramai retis2 omputih yang ade alter ego dan meke meke nih memang successful to the grave. Contohnya Beyonce, Avril Lavigne, Snoop dog, Jessica Sanchez blaaa blaaaa. Sapa depa nih? Ntah ampa cari sendiri.. x penting pon.

So aku try google2 kot retis boleyland ni pon ade alter ego. Hasilnya... x jumpa pon. Maksudnya orunk Malaysia ni semua jadi diri sendiri la kot kann. Baguih dokk ada. Besanya orang yang ada alter ego ni dia ada double life. Kalau retis, kat atas stage or dalam tv perangai lain macam tapi bila kat luaq depa normal hidup cam orang lain jugak. Baik jahat tu aku tak tau la tapi besanya hok yang alter ego tu biasanya diri kita yang kita nak jadi tapi x buleyh nak jadi dalam real life. Ada orang sedia ada baik tapi sebenaqnya dia nak jadi jahat sebab jahat itu cool! Ada orang jadi jahat walopon senaqnya dia nak jadi budak baik. Wallahualam... Owhh banyak nya nak jadi!

Awat tetiba aku merapu pasal alter ego ni? Angin xdak typhoon pon da lari pi shanghai, mai pulok merepek2 pasal personaliti disorder ape cerita? Ngekkk... coz aku pon ada alter ego. Dia orang jepun sebab asal usul dia start masa aku dok baca manga zaman sekolah dulu. La ni aku da tinggal manga tu semua tapi Hime ni ja dok melekat tak lekang2. Yep, nama gelaran dia Hime or Meichan, nama panjang aku malas nak sebut satgi hangpa kata aku gila, dahla dia mai dari jepun haitt haitt kan. Ya laa dulu muda mudi gila komik/drama jepun, belum mai lagi drama kpop. Aku x ingat cemana aku dapat nama dia coz bila aku google2 xdak pulak watak komik yang pakai nama tuh. Rasanya sebab dulu aku ske lukis kartun pastu bila join contest2 melukis aku pakai nama panjang Hime, lepas tu bila ade password ka kata kunci ka rahsia ka mesti aku pusing2 kat nama Hime ni. Sampai skang mau aku melukis kasi orang mesti nak sign nama Hime tu. So logikla kan kalau aku x bleh lupo dia. Aippp... kan aku dah bocoq rahsia nak access akaun sendirik!

Skang aku da besaq, xdalah aku guna namo dia jadi avatar ke, online pseudonym ke hape. Tapi yang pasti, bila ada time2 yang hampeh dan x best dalam hidup yang x best ni, aku mesti tepikiaq kat dia. Why? Coz alter ego aku ni opkos la ego, overconfident, outspoken dan cakap main lepas. Dia x ramai kawan, x kacau orang, x kisah hal orang lain sama cam aku tapi yg x samonya dia ada perangai extreme yang pelik cam sokmo study math kat cemetery bapak dia, tidoq dalam kotak (apekah???) or sound orang kat public kalau dia x buat salah tapi orang main tuduh2. Fevret topic, black magic dengan type of earthly ghost. UFO dgn ET dia x caya, tu sains fiksyen katanya. Hobby dia baca research pasal life after death and how to die slow and painless (macam boleh kan). Lagi satu, x kira bos kecik ka, bos besaq ka, bos super size ka, pengetua ka, pembunuh ka, sniper ka, senator ka, wakil rakyat ka, datuk sri ka, datin engku ka, mau dia nak kasi high kick ka low punch ka straight bagi ja. Lantak pi. Tarik rambut tarik baju tarik telinga tak men arr der. Old school tu.

Tu si Hime, my alter ego. Kalo aku buleyh jadi cam dia, mesti orang x brani tendang aku cam sekarang. Dah macam bola, tendang2 tapi gol tak masuk2 jugak. Kalao Hime tu orang real, mesti dia dah pekikt2 kat aku suh stop ikot jari orang keje jadi lembu ragut kertaih depan komputer tapi dapat gaji ciputt. Kalao aku yang jadi si Hime mesti dah lama aku benti keja dan bukak bisnes sendiri. Gua boss, gua kasi order, gua sign agreement, gua punya duit, gua punya cuti, gua punya hal! Masalahnya si Hime ni anak orang kaya, aku pulak anak orang sawah. Kuang13x

Hime kata kat jepun pon ada sawah. No problemo. We are one.
Ne, Hime-chan. Mukashi kara no o-yakusoku wa mada wasurenai. Mata ai shimashoo yo!! (seram takk?)

August 10, 2013

Lappy Majuk Kuaq Blue Screen

Dah lama dah lappy sihat balik. Dah 4-5 bulan lepas rasanya. Aku ingat2 lupa nak wat entry ni coz banyak hal duniawi. Skang dah ingat balik kena jugak buat entry so aku boleh refer balik in the future.Ni first time aku yang buta tekno ni tekena masalah blue screen kat lappy yg aku beli taun 2009. Dats why la cam big deal sangatkan padahal owunk laen selamber derr jer mau lappy ke pc demam. Selamber laa poket kembung je sokmo. Pedehal...

Masa memula start blue screen ujung taun lepas, aku selamber agi.. guna pi trening la conference bagai. Dah tu x hingat2 nak turn on back up. Aku pon x igt napa back up aku off. Last2 time nak g Bandung bulan april tu dah nazak sangat.. 10x try asek2 kuaq blue screen. Da ikot semua da arahan tuk cek error tapi x leyh gak. So aku nekad bok pi sepital, ok, pc centre kat kajang. Dekat are Bank rakyat, Bank Islam tuhh.

Memula diagnose katanya window yg problem. Aku ni conpem2 buta tech tapi da rasa len macam coz xdak lgsung simptom2 window aku yg problemo. X pnah crash ke error ke ape. Firefox dgn IE tu memg la sokmo crash mau tab banyak sgt. Tapi apekeheyy window plak? Fine, kasi can la sama itu technician dia mau test. So format, kasi install window baru. Melayang 30hengget. Sekali blue screen jugak x ilang2. Lagi sadis, semua file suda ilang maa, coz back-up error. X leyh backupla jawabnya. Adeihhh hancur ati gua beb, gambo2 posing maut kek obesi sumer abess. Family, wedding, baby gebus, anak bulus semua. Temasukla pic2 umrah kat bumi Mekah. File and software tuk buat keja memang jgn cakaplaa. Adduuuuh!! Cam nak pijak je rasa budak technician tu. Ape ni.. ape guna gwa bayar lu kalu file gwa ilang abes semua.

Ok cool.. cool lagi, aku kan beriman dan berotak. Kasi can ma, kasi can! Brader tu suggest lagi kata maybe problem hardware. Itu lah dia yg aku nak dengo sgt. Awal2 gwa da cakap maybe kat mainboard yg rosak coz umah aku manyak semut. Ntah2 da buat sarang dalam tuh. Napelaa mamat ni xnak dengar awal2. Malas kot nak buka main board tu, kan skru kecik2. Pastu kata pulak kena anta ke kilang, x leyh wat kat kedai. Amek masa 2 minggu. Da siap derg cal. Fine! So tunggu lagi 2 mgu. Dulu nak format janji 3 hari tapi amek 2minggu gak. Ni janji 2 minggu tapi in actual aku yg kena cal 1 bulan kendiann. Wahh wahh orang bukan melayu pon suda expert main janji melayu ehh! Baik, jgn berburok sangka, gelakkan aje la hohooohohooh!!

So altogether nak dkt 2 bln lappy masuk sepital dan det plak terbang 280 bugs. Blue screen seb bek dah setel clear coz derang ganti terus chipset yang da rosak. Gitew katanya maka gtew la gamaknya. Harap2 xde prob lagi lepas ni. Uhuhuuuh. Semua bende nak pakai duit, xde ker bende rosak ganti pakai pasir je? Heiheii pasir pon kena bayau lerr....

August 2, 2013

Cheesy Cheddar Pizza tanpa Oven

Ohh gilalah!! Aku post pasal resepi! Kakakaaa.....
Sebenaqnya aku bukan crazy pon pasal masak2 ni, pandai tu memang jauh sekali la. Tapi aku suka makan dan x suka bayaq mahai2. Dats why aku tejebak men masak2. Semua trial and error, ada yg jadi tapi banyak gak yang x berapa jadi. Tapi semua abes masuk peghut gak and x penah sakit pewut lagikk ngehhehehhh. Hokeyy aku tayang pic pizza aku dolu. Tarraaa!!

Okey memang x canteq dan hanget jugak coz ralit tgok tv. Tapi rasa dia still staraf pizza H dan D yg mahal itu heihuuheyy. Aku ikut resepi sana sini kat banyak blog tapi bila time buat tu aku main tuang2 dan tambah2 tolak ikut suka mak bapak gua! Hahaaha tapi alhamdulillah menjadi. So aku tempek la agak2 resepi tangkap muat aku untuk rujukan mau aku teghajin nak buat lagi nanti:

Doh (boleh dapat 2-3 pizza saiz regular)
2cwn tepung gandum
1sudu kecik garam (agak2la, aku x suka masin)
1sudu kecik yis maripan (bancuh dgn 1/2 cwn air suam, 10min)
2sudu besaq susu sejat (xde pon ok)
Air masak secukupnya
Minyak masak

Topping (ikot selera memasing nih)
Sos lapisan bawah topping (sos tomato/sos cili/tomato puri/prego dll. Ikot suka)
Cheese (biasa orang guna parmesan or mozarella. Aku guna cheddar je coz da ade dlm peti)
Sosej, isi ketam, bebola ikan/daging/ayam/sayur
Cili cina (nyonya? capsicum nama omputih dia)
Cendawan, bawang, mayo
Nenas dan segala la yang sesuai dan sedap makan jadi pizza

Cara-cara
Campur semua bahan doh pastu uli sampai dah x melekat dekat tangan or sudip yang guna untuk uli. Tambah tepung kalau doh still melekat, tambah air masak kalau doh keras sangat. Bila doh dah x melekat simpan dalam bekas bertutup selama 1-2jam. 
Agak2 doh dah kembang 2x ganda saiz asal, ratakan doh dalam frying pan or bekas yg sesuai untuk bakar pizza tuh. Biar bahagian tepi doh tebal sikit dari bhg tengah. Lepas tu letakla topping start dengan sos kat bawah sekali pastu cheese, then semua mak nenek yg korang nak letak. Kalau suka cheese banyak, boleh letak cheese sekali lagi kat atas sekali or tengah2 layer topping, ikot suka.
Da siap topping, letak kat dapur guna api kecik untuk 30-40minit. Tutup bahagian atas frying pan dengan aluminium foil. Nak tau masak ke tak, cucuk doh pizza. Kalau kering maka da masakla pizza!

Tips
1- Aku guna cheese cheddar chesdale yang biasa orang letak dalam burger tu dan letak pulak banyak (6kpg). Hasilnya pizza tu masam dan masin amat. Pastu xde betali2 cam iklan pizza tu. Kalau korang x suka cheese jgn letak banyak or xyah letak langsung.
2- Ada orang tekan2 dulu doh dengan garfu before letak topping sebab takut gelembung masa masak. Aku x buat pon dan x jupe plak gelembung ke ape.
3- Masa ratakan doh dalam bekas, buat bagi doh tu tebal dalam 1-2cm kalau nak pizza yang gebu and tebal. Kalau tak nanti da bakar korang dapat yg macam crunchy crust yang nipis tu
4- Kalo xde idea topping, pergi buka tengok pizza H dgn D ape ingredient derang. Cari ilham je, x soh tiru. X sodap jangan marah aku!
5- Sapu minyak masak or mentega/butter kat frying pan so pizza tu x melekat dekat pan

Selamat mentry to diri aku sendiri huhuhh