February 16, 2015

Tips: Ada Apa Dengan Pusaka

Hari ni aku cuti. Sangka aku nak membuta macam biasa kalo cuti tapi tetiba boleh pulak dok over rajin buat entry ni. No hal la kan, sesekali buang tabiat. Maybe gara2 kes semalam aku ber'brain storming' pasal tanah kosong arwah abah and mama aku. Kosong x kosong sangat la dah jadi hutan simpan siap ada beruk, ular, biawak bagai. Terasa nak convert buat tanam pokok ke apa, tapi nak kena mintak semua waris tu setuju. Padahal dah bertaun tanah tu takde orang peduli. Tapi biasala kan, bila nampak peluang buat duit pakat dah buntang mata. Nanti rugi baru la diam2 lari buat x peduli. Hikhikk!


Dah alang2 pikiaq bab ni, aku nak share and kasi tips la sikit isu n masalah urus harta ni. Bukan detail naa, cuma isu2 asas yang aku rasa semua waris akan terkena sikit sebanyak. Tambah mau waris ramai dan ada anak laki or pompuan type alpha. Isunya bukan undang2 dan peraturan aje tp jugak bab agama, hati, tanggungjawab dan perasaan. Cenggini haa:
  • Masa parent still ada, jarang yg nak amek tau kat mana ada apa dan di mana lagi2 yg bujang. Lepas parent takde, biasanya bila ada waris yg bersuara baru pakat sebut dan mencari. Waktu ni lah orang tua2 pesan suh gali selongkar abes almari, cari kot ada emas intan berlian atau khazanah lain. Selain tu cari buku bank, saham, insurans dan sewaktu. Bab harta fizikal cam jongkong emas maybe payah nak trace. Tapi harta yg diregister bwh arwah sebenarnya bole cek di pejabat berkaitan. Contohnya pej tanah dan bhg pusaka persekutuan. Bawak aje sijil mati.
  • Cukai tanah kene bayau annually ye walau pembahagian x selesai. Paksa la yg mana mengaku waris or yg nk tuntut tanah tu untuk tontong bayau cukai mau geran x pecah. Rasa aku x banyak mana pon tapi mau sorang je tiap2 tahun bayau, lagi 9 waris lain buat pekak bab bayar cukai.. memang kena angkat parang dah kott ugut soh bayaq. Kalau geran dah pecah tu xde hal dah la bayar je sendirik.
  • Waris yang paling dekat dengan kampung halaman jangan risau! Andalah yg paling teruk kena urus segala hartanah pusaka. Yang paling best, kos tepon, pi balik dan naik trun pejabat2 berkaitan pusaka, bank, saham, insurans, amanah raya, tanah, rumah bla blaaa tu terpulang lah kat ehsan waris lain nak tolong tontong ke x. Belum lg masuk bab nak sampaikan info berkaitan tapi anda disoal siasat macam pati oleh pihak waris yg belagak tokeyh bankrap!
  • Zaman dulu aku x sure cemana, tapi zaman la anak lelaki x ramai yg sanggup pikul amanah jadi lelaki. Tapi opkos la still nak 2 bahagian kann. Dah 3 generasi yg aku tengok sendiri, anak pompuan yg sibuk bila parent sakit, meninggal and bab nak jaga legasi arwah. Anak lelaki sibuk bab nak move on with life dan chupp harta yg paling tinggi nilai. Chupp buat kerja takpa lagi. Ni chupp dan arah waris lain buat begitu dan begini. Nanti dia tunggu repot je dan komen yg mana dia x puas hati. 
  • Kalo ada waris bawah umur, memang jangan mimpi nak bedak2 harta awal. Pejabat yg urus harta tu akan suruh tunggu sampai waris semua cukup umur, kecuali ada yang pandai cara tipoo tipooan tu aku x tau. Tunggu la sampai si adik tu cukup 21 tahun baru bole nak bahagi ikut undang2. Yang dok bahagi awai tu illegal dan memandai sendiri. Maksudnya, waris yg belum 21thn tu nanti bole fight kat mahkamah. Memang ada pemegang amanah tapi kuasa pemegang amanah tu terhad menjaga, bukan memilih. 
  • Ambil kata2 sorang pokcik ni, masuk bab harta, ustaz ustazah pon bole hilang ketayap dan tudung labuh. Camtu la bahayonya penangan harta. Korang bertuah sangat2 mau xmerasa bab berebut pusaka. Aku belum betul2 rasa lagi cuma buih2 tu je yang dah ada. 
Sila ambil maklum aku bukan loyar or pegawai undang2 ke ape yer. Aku cerita apa aku tahu dan pengalaman bab pengurusan pusaka ni je. Kalau salah bole betulkan dgn cara berhemah bukan menghentam ye dek noonn! Banyak lg isu2 lain tapi aku ingat nak buat entry lain next time coz da panjang berjela entry ni macam biasa hahahh!

No comments:

Post a Comment