June 21, 2012

DIY Hair cut. Kau ade?

Penah?? Penah korang gunting rambut sendiri? Tergunting or tak sengaja tak kira arr, tak kira tak kira. Aku tak tau patut ke tidak gunting rambut sendiri tapi aku memang selalu je buat. Sebabnya aku tak penah puas hati dengan kedai punya haircut maka aku ponn aci cuba try test. Maklum arr rambut curly ori ni bukan leyh men ikot suka ja potong. Time kat kedai jadi santekk sebab depa dok spray sat sat spray pastu buh minyak. Memang la tomey ja napok. Satgi balik umah rambut dah kering baru le nampok senget tang mana, tebai belah mana, cangkat kot mana. Kopak ja duit dekat 30 rengget mau gunting kat belah KL Selangor. Kalo belah utagha nuh bulehlaa sodap hati sikit 10 hengget jaa.

So nak bagi pueh hati dan free aku potong sendiri. Jadi x jadi sendiri mau tanggung. Lgpon boleh simpan2 agak kut x jadi kan. Setakat ni alhamdulillah menjadik ja tangan aku. Tapi memang messy and lecehla. Kena sedia cermin bebanyak, kurang2 2 bagi buleh tengok depan belakang. Hampaq surat khabaq besar bebanyak kat atas lentai habuan rambut kena gunting nak jatuh, jangan cari tempat berangin, kipas kompem xley buka mau tidak miang abes satu rumah penuh dngan rambut terbang xpon melekat kat sofa. So kalao suhu 32 C tahan jer laa. Yalaa x leh buat kat luaq rumah, aurat kena jaga gak maaa.. Yang bukan muslim tu buleh laa wat kat tempat open air, manyak senang maa. Janji x kacau orang len and majlis bandaran. Kena denda sendiri mau tanggung. Pahtu kena la balut kain selubung kat badan masa gunting rambut tu, alaa macam kat kedai le jugokk dia ikat kain keliling leher tu. Cam atromen kampung tuu. Supaya rambut x kena badan satgi gatai. Lagi satu gunting mesti ade and mau tajam. Tak kisah la saiz ape aku bantai je janji muat jari nak pegang. Bila gunting kena la jaga jangan sampai pi gunting telinga, bagi doc gelak ja nanti mau pi sepital.

Kendian nak ceghito lagi style rambut la ni da xyah nak trim bagi lurus or kemas sangat. Messy is the new trend. Janji xdak bau hapak, kutu dengan dandruf sudeii.... Tambah kalau rambut pendek tu, memang depa siap spray2 mentang apo ntah nak tambah volume katanya. pastu main lurut2 dengan tangan je xyah sikat ke apa. Sekali tengok cam baru mangun titoq pon ada. Meh ushar hairstyle 'bangun tidoq' hok tengah hott la ni:

A short blonde straight coloured multi-tonal hairstyle by NHFsource: http://www.ukhairdressers.com/
faux fish braid Tumbled tail. source: http://www.fashionising.com/
wet chignon bottega veneta Wet look. source: http://www.fashionising.com/



textured side braid 5Textured side braid. source: http://www.fashionising.com/
tomboy ponytail sideTomboy ponytail. source: http://www.fashionising.com/
60s short bobMod bob. source: http://www.fashionising.com/
Glam Wavy Hairstyles For 2011-2012source: http://thebestfashionblog.com/
Sexy Side-ponytail Hairstyle for 2012side ponytail. source http://www.lifeandtrend.com/
Curly Short Hairstyles 2011-2012source: http://thebestfashionblog.com/

Manyak lagi style2 rambut lain yg aku x masuk kat sini. Yang serabut ade, kemas ade, yang fenin pon ade. Korang kalo nak tau semua pesyen ni seswai untuk event aper or cemana nak buat korang pg la check terus kat website dier hek. Xyah la susah2 tanya aku coz aku x kisah wat rambut jenis pape pun janji muat masuk dalam tudung kekee. Owhh jangan tanya pasal pesyen tudung jugak coz aku tau tudung awning tu je, sonang nok pakai xyah melilit cam ulau sawau.

Sabut kelapa: Ni seme confirm bukan pesyen rambut DIY. Aku gerenti model2/akters2 ni x reti pown nak wat sendirik kukukuuu..

No comments:

Post a Comment