August 8, 2011

Muhasabah Diri kue~~~

Datang lagi... Ahlan ya Ramadhan. Kedatanganmu ku nanti. Semuga aku jadi insan yang lebih baek walopon hanya sebulan. X salahkan berniat jadi baik, tapi aku rasa aku takla jahat sampai nak memunah hidup orang, tak juga aku termasuk golongan yang memusnah agama dan bangsa sendiri, selebihnya Wallahualam. Well, well idok ler aku berniat nak mentazkirah ke aper sedang aku sendiri pun masih senget dan kadang2 jer lurus. Teringat cakap member, time bulan posa ni ler time tebaek kalo nak kenal diri betul2. Yer laa, mak pak setan kena ikat, anak2 depa pun kena sumbat sekali dalam hell. So yang tinggal, nafsu sendirik je la kan. So, kalo perangai still berupa syaitan tue, pikiaqla sendiri diri tuh dah macam aper. Peringatan tuk akue jugak k....

So, ceghitanya takde paper pun. Nak letak jer sini yang akue ni banyak betul berazam untuk ramadhan and syawal taun 2011 nih. Huhuhh... kedengarannya seperti nak shopping dan spend money money!! Azam yang hampes sungguh. No-no! azam tahun ni nak kurang guna duit. Baju jait sendiri, kek bako sendiri, kuih buat sendiri, berbuka pon masak sendiri sampai hangit puding roti sdn bhd aku wat keja. Chewah sungguhla baeknya dirikue dalam berazam. Konon2 arr, cam kata urang niat tu penting. Ultimate goal mestila mengurangkan penggunaan duit. Skunk ekonomi dunia x berapa nak betul, berita kata Malaysia ekonomi still sihat2 ja. Tapi, hurmm sungguh ka? Takpa, sediakan payung dalam kereta tu kan penting. Maka akue pun berazam la..

Demi azam yang x seberapa nih, aku pun startla project beli perkakas yang perlu. Ding dong!! Oven tuk bako kek and kueh, mesin jahit, set bekas kue raya, segala loyang la cup la kuali la and mak nenek semua, fuhhh! Lagi banyak kot duit aku kuar... macam air karat kat sinki umah aku dah nampak gayanya. Dugaan... nasib baek baru wat kira2, lum beli mesin jahit lagi. Dah tue ade hati nak sambo DSLR before ghayo. Hahahahahhaahhh!

Mimpilah kamu cik N, and never stop darling. Dalam mimpi belilah apo nak beli, dalam dunia nyata aku dah putus!! Muktamad!! Rayo 2011 samo sebijik cam tahun2 lepas. Akue sambut kat kampung ja. Balik sini xder nyer nak balang kuih cantik2 ke langsir baru ke, open house ke xder semua tu. Aku bersederhana ja, sapa datang raya aku hidang biskut Marie dengan kopi aik chong (?) or sisa2 kopi beli kat Korea dulu whoahahahaaa! Kalo rajin aku g melantak open house kamu orang, tapi aku nak posa 6 so limited la sikit kann. Baju raya dah bantai beli 2 blan lepaih so x yah pening2 da. Baju 2 tahun lepas pun jadi baju raya gak coz kat kampung x pakai lagi ape hahahh. Owhh luper, maintenance keter tak leh nak wasatiah coz aku x moh break down tengah on the way aku balik perlis nanti. Dahla sowunk2 drive 7 jam so baikla aku tuka ape2 yang patut ditukar pada besi hijau berusia 3 tahun setengah tue. Iskk iskkk ni pun satu hal gak. Pandai proton letak warranty 3 tahun je. Elok berapa hari je lepas 3 tahun, terus buat hal. Dah kat 2000 abes det aku, tolonnnnggg! Aper lagi yer, haaa dslr memang tinggal kenangan dalam memori jakk. Mesin jahit pun hai2 byee. Dah-dahhh semua babailahh senang cerito! Bagus gak xdak anak buah, x payah nak distribute det raya... hipi-hipi hoorayy!!

Astaghfirullah... lagho sungguh. Seb baek aku sorang2 nih maka x lah berjemaah ber suka suka. Owhh terpancar sudah dirikue yang sebenar.... Baiklah, nak trun bertadarus dan menghabiskan surah yang diamanahkan. Doa2la aku ni istiqamah lawan nafsu aku ni ye, aku jgak doa untuk korang insya-allah. See ya, Selamat berposa + bertarawikh + bertadarus. Marilah sama2 beramal walopon sebentar. Sila lah kita semua tamak2kan diri dengan pahala na....



No comments:

Post a Comment