March 31, 2011

Entry Pertama dan Seumpamanya~~~

Sesungguhnya blog ni umpama kereta baru yang belum tercabut lagi plastik kusyen nyer.. tapi tuan punya dah tehegeh2 nak guna kan, kan, kan. So, so, so aku start entry first aku dengan mengutuk tanpa mencarut marut. Aku kan melayu. Melayu x mencarut, yang mencarut tu melayu kepala lutut. Ohhoohooooo~~~ melaluit menatang apa ni? Dah, hangpa buat tau baca dah laaa

Ok aku nak komplen naper laaaaaa susah benau aku nak cari update pasal bah besaq kat Pengelih nuhhh la nih. Jenuh haihh, awat tau la negeri aku tu kecik nau tapi mana lagi penting? Dok p sanjung amal solih kat negeri sihat walafiat pastu hak yang dok tenggelam ni huluq sipi2 ja nooo. Sungguh nak habaq la orang tua2 dolu2 kata, singa kat hutan dia suap bunga, anak kat dalam boyan tepi kaki tu lupa nak bagi makan. Pi dok tolong orang kaya dah, hak dok dekat tang ni buleyh dia buat2 lupa.. sapa yang buat lupa tu mai habaq bagi..... Aku x tau, hangpa lagi pandai, teka la no. Nek rimas aku, google 'banjir Perlis' dok keluaq hok taun 2010 punya, nak buat apo? Amaran, aku x kira bendera kala apa no. Yang aku tau kala apo pun x dak lagi bagi statement nak huluq seguni 2 guni beras ka roti ka... Bab ni jangan dok buat kepala tau aku sebelah mana. Aku dari dulu maintain ZOPFAN yang aku belajaq sejarah kat skolah tingkatan 3 dolu2 nih. Yang x tau, maksud dia Zone of Peace and Freedom. Mau salah pun aku bantai betui ja semua kekekeee!!

Balik kat isu bah kat land of singa utara tuhh... haii apo la nak jadik. Mau 3 bulan sekali bah, setaun 2-3 kali ayaq masuk umah, xkan x nampak lagi tang mana yang sangkut kut? Tali ayaq ka? Empangan ka? Aku hidup ada kot dekat 30 thn awat yang baru lam 6 taun ni ja ayaq naik satu Peghelih tu? Hudoh sungguh aih, orang x p skolah pun tau pelik x pelik sat2 bah sat2 kene angkut barang, sat2 kene tidoq kat sekolah. Cian plop mak aku punggah barang lagi, baja padi ayah aku rosak lagi, ulaq masuk umah lagikkk... Hadoihhh~~ Sapo nak betanggungjawaban nihh???

Dah panjang aku cocett nih, mai nak selit sikit petua pasai bah dengan kereta (nasibla sapa bru beli keta baghu pastu kena plop banjir x dan nak alih p tempat tinggi)

Tips kereta kena banjir
Ini tips utk kereta yg ditenggelami banjir… 
1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. 

Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.

Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.

Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, buka kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. 

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original)

credit: Omaq.org dan Sioloon.com 

cuci mata sat! Yuhhhuuu!!


No comments:

Post a Comment