June 25, 2013

Melbourne 1.1: The Great Ocean Road and Great Nausea

Mengantuknya! Tapi kene gak post entry ni, mau tak ntah taun bila baru mai teringin nak post. Aku pecahkan entry kat Melben ikut hari cos cam banyak plak cerita or pic untuk tiap2 hari tukan. So 1st day buang masa dalam flight je so xyah citer laa. Kesah kat epot dah masuk dalam entry lepas. Alkisahnyer entry ni citer pasal 2nd day kitorang kat Melbourne yakni jejalan kat Great Ocean Road. Pueh hati gila la aku coz dah lama aku aim nak sampai sini. Alhamdulillah da sampai, oh yeahhh! Tapi....:((((

Hujann!! Musim kat Melbourne time nih sangat tak best coz sangat super duper sejuk dan hujan memanjang. Kekadang lebat kekadang renyai2 je. Tapi sepanjang2 pagi tu memang ujan memanjang, boleh tengok dalam pic yang blur and kabur kat bawah. Mood aku ponn da macam hujann gakk.... Layan la picc nu haa


Basically gambar yang ade statue orang penyodok tulah tempat bermulanya Great Ocean Road (GOR). Sebenarnya jalan yang sangat panjang kat tebing laut jer. Panjang tu bermaksud berjam2 jugakla dok nampak laut dengan wave yang sangat owsem aka kuat and boleh makan orankk. Wajibla kan coz ni memang antara tempat famous untuk sukan surfing. Aderla 2-3 surfer tengah cuba naseb tapi sebab ujan aku just mengintai dari dalam kereta jerr. And GOR ni jugak walaopon tak tinggi cam balik pulau tu tapi jalan dia berliku2 yang bapak mantap gak laa. Mama aku siap muntah bagai. Aku dgn member pon mual semacam jugak tapi coz nak control macho punya pasal, tahan jerla. Bila x tahan ktorg berenti tengok view walopon ujan. Kalo muntah kang mesti lagi tambah mood hujan aku. Yang peliknya bro kecik aku and 2 org tour guide ktorg cam immune plak xde pening ke haper. Ciann mak aku.. 

So aku nak bagi petua yang aku x jupe lagi dalam memana blog. Tips nya kalo trip korg cam ramai pompuan tu, bersedia lah untuk pening and mual di GOR. Guide ade bgtau 2 mgu before us, derang bawak dlm 10 org student UM pg GOR, yg pompuan semua muntah. Hahaahh!! Nape pompuan je??? Aku x tau. Pastu kalo korg suka tgok scenary better xyah sewa kreta coz kalau tgah drive cemana nak layan tepi laut yang cantik tu kann. Terpulang kat korang, boleh jugak kot kalau buat shift driver. 2-3 jam nampak laut muak jugak aku raser. Sepanjang GOR ni belambak stops untuk lookouts so korang just alert and pilih nak benti kat mana. Main attraction GOR? Opkos la 12 apostle yang famous tuhh. Bila dah femes, manusia pon sangat banyakk. Pastu awal2 GOR tu xyah benti banyak or lama sangat coz nanti kat ujung2 da nak malam kang banyak stop wajib yang korang x sempat. Cam ktorg coz pg time winter, subuh kul 6am tapi magrib kul 5pm. Siang pendek so kitorg stay kat GOR sampai lepas Magrib gara2 nk tgok gak satu tempat ni, aku da lupa nama tapi yg last 2 pics kaler dark blue tu. Rugi woo kalo x tgok!

Hokeyy itu aje ini kali, laen kali siri 1.2 dekat Melbourne CBD plakkss. Aku xtau naper pic2 aku ke kiri ke kanan cam x semenggah tu tapi aku x bekenan pic aku makan space banyak so aku letak le sebelah2. Kalo pening g jumpe doc ekk.. Adioss folkss!!

June 16, 2013

Melbourne 0.1: Persediaan Melbourne trip

Cam dalam post lepas, aku dah bitau aku pergi Melbourne ni dengan tour agent, tak pergi backpack coz family ikut sekali. Gilalah nak suh mak aku backpack kan. So berikut senarai menda yang aku kena pening kepala nak arrange and aku rase korang pun cam tu jugak if nak pergi memana pon. Tambah dengan negara omputih yang tengah fobia ntah hape2 and segala syarat marat masuk negara derang yang cam mak nenek tuhh:

Flight + Hotel
Idea asal aku ke Aussie ni coz Airasia ade buat promo untuk matta fair awal tahun 2013. Tiket flight sekali hotel untuk 5d4n start from RM1300. Aku rasa rega standard je tuhh, tapi member cakap murahhhh! So aku pon amek jerlaa coz x penah sampai lagi Aussie. So dengan makan and luggage semer jadila rm1500 sorang. Harga ni kalau pergi Korea boleh duduk sampai 9hari tau! So senang cerita Aussiee ni bapakkk la mahal. Padahal hotel nama bajet je pun. Miami Hotel Melbourne. Kat sana derang panggil Miami motor inn. Harga sebilik twin bed semalam dekat RM400 ~ 130Aud. Baik guna duit tu gi menginap kat shangrila lagi best.

Tapi ni harga kat Airasia la. Bila aku check dekat Booking or Agoda, dapat je Rm200++ twin room pernight. So aku kena tipu kali ke2 (1st time masa book hotel kat Osaka) dengan AAsiaGo lalalaaaa.. Tapi kalau amek tiket AAsia return flight jer harga 1200 hengget 1org. Bila amek pakej sekali hotel, flight sahaja jadi 800 hengget jer. So aku kira2 saving banyak gak la situu.. Sebenarnya kalau nak jimat cost lagik, amek je bilik kat Malaysian Hall Melbourne. X sampai rm100 sorang semalam. Tapi panjang la proses dia. Aku x penah try so aku xsure exactly macamana. Korang boleh cek kat SINI

Passport + Visa
Sebenarnya patut pikir pasal paspot dengan visa dolu. Tapi sebab aku ni jenis pantang nampak tiket promo murah terus beli maka jatuhla tajuk ni ke no2. Aku da tekena dengan immigration Aussie ni, visa aku cuma lepas leklok je sehari before flight departure ke Melbourne. Salah aku jugak la coz lambat renew paspot. Lagi 2 minggu before departure baru dapat paspot sebab immigration kajang punyer sistem tengan semput. Ramai sangat yg nak apply/renew bila time cuti2 sekola. Aku yang sendiri carik nahas pergi renew time cuti skolaa

Nak selamat prepare awal2 paspot yang still valid lebih dari 6 bulan dari tarikh nak pergi. Pastu apply terus visa aussie sebulan sebelum pon boleyh kat SINI. Saper nama yang ade Abu, Abi, Mohammad tuh bersedia la untuk request pending lama sikit before dapat visa. Apply visa boleh buat sendiri kena bayar 20aud 1org and boleh jugak mintak agent buatkan dengan bayaran yang agent tetapkan. Cam aku, free je agent aku bagi. Pastu pastikan korang print ape2 bukti yang korang dah apply dan dah approved pun visa tu coz kat epot melbourne nanti macam2 bole jadi. Tetibe paspot or visa x boleh scan kat mesin hitech derang tuhh.. Pastu macam2 la dia tanya, kat mana buat la, saper buat la, bila buat la bla blaaa.

Tour
Untuk tour, korang ade pilihan nak jejalan dalam Melbourne city je ker or nak go beyond Melbourne. Kalau nak jejalan kat city jer, xpayah la amek tour guide, buang duit jer. Korang boleh jalan2 sendiri or guna tram. Tram ade yg bayar ade gak yang free. Ade jugak bus hop on hop off tu. Pilih la nak guna mana. Jangan sesekali amek cab coz mahalnye tak berbaloi langsung

Kalau nak pg beyond Melbourne ade banyak pilihan tempat boleh pergi. Sila cek tour website yg aku bagi before ni. Tu semua Melbourne based tour company. Nak amek dengan tour kat Malaysia pon ader jugak cam aku amek tapi harga memang ke bulan bintang punya mahal. Kalau nak tour guide yang aku amek sila lah contact aku yer. Boleh dapat lagi murah coz terus contact derang, tak perlu go thru' agent cam aku. Budak2 nipun dah pesan kalau ade sesapa nak g Melbourne contact la derang. Derang ni student sana so harga cam boleh adjust2 lagi. Kira aku ni tolong promote derang sesambil tolong orang Mesia yang nak gi sana jugak. Selagi boleh simpan duit better simpan kan.

Makan and solat
Kat Melbourne x susah nak cari makanan halal. Kedai Melayu, Indon, Arab merata banyak. Since aku pg dengan tour, derang yg guide pasal makanan. Sampai2 je ktorg sambar kebab coz lapar, malam dan sejuk tgah nak masuk winter. Kalau korang pg sendiri sila2lah google list kedai yang halal, halal meat or non pork. Yang sure boleh makan ialah Nando's and Lord of Fries. Yg lain cam seafood tu boleh jugak janji x letak wine. Pastu cokelat kat sini pon best dan brand2 yang popular tu mostly boleyh makan. Cadbury, Mars, Whittaker, Kit kat, Snickers.

Pasal solat, walaupun Melbourne ni macam banyak gak terdedah to Muslim coz ramai jugak local Australian and foreign Muslim, tapi facility melampaulah limited. Kat major tourist site jer ade cam epot, Flinder Street Station. Kalau keluar dari Melbourne tu jangan harapla ade surau ke haper. So, kitorang solat kat kawasan2 yang kering and tersorok dari orang. Tour guide ade bgtau kekadang derang solat kat tepi pantai, area bangku and mana bawah pokok yang bersih dan kering. Nasib aku tour guide dapat muslim so kalau yang bukan muslim tu aku x tau cemana. Maybe korang kena pepandai cari tempat and masa untuk bersolat. kalau pergi private tour ok lagi tapi kalau naik bas reramai dengan non muslim tu aku x dapat bayang cemana.

Currency
Matawang opkos la Ausiie Dollar. Rate selalu turun naik so korang kena lah alert bila rate murah and bila dia mahal. Nak sonang, cek Bank Negara Malaysia punya website.Pastu aku tengok gak rate money changer kat Melbourne, cam lebih kurang jek. Rate kat Kajang time aku tukar RM3.08=1Aud. Kat Melbourne RM3.10=1Aud. Beza RM0.02. Kalo currency lain korang cek sendiri naa....

Luggage
Luggage tak kisah rupabentuk or warna cemana pon janji lepas naik flight korang. Yang kisahnyer, ape yang korang bawak. Macam2 la kat blog yang orang kata boleh dan tak boleh bawak. Bagi aku, avoid jer bawak barang yang x pasti boleh bawak ke tak. If duduk setakat 5 ke 7 hari x perlu bawak beras bagai, lainla mau rombongan cik gayah yang datang. Kalau nak jugak bawak, sila lah declare kat borang kastam, jangan purak2 malu pulak. Sekeyh kang.

Pastu kat epot nanti konfem semua bag akan kena cium molot dengan encek hanjing x kisah korang bawak aper pon. So mengaku jer dulu before hanjeng tu tolong mengaku untuk korang. Orang yang datang sehelai sepinggang maybe x kena hidu kot. Kalau sesapa ader bawak ubat ke ape, tick awal2 kat borang kastam walaopun sebutir je ubat yg korang bawak. Cam lorat je kan? Takkan sebijik panadol pon ade hal kot. Well, mak aku bawak ubat dgn jarum diebetis pastu adik aku plak pandai g bawak 1botol full air mineral. Aku pg mgaku siap2 b4 pg bramah mesra dgn hanjeng. Masa ajing tu mai, dia cool jer x excited ke hape so officer tu lepas la kitorg. Ameinnn. Tu kitorg, kalau korang nak try nasib silakannn..

Transport
Rental car, Bas, taxi, tram, train and flight kalau nak keluar dari Melbourne. Ferry or cruise kalau nak ke Tazmania. Semua pilihan ni ader, korang pilih jer la. Dekat airport lagi dah ader rental car company. Pada aku rental car lagi murah kalau korang ramai and nak pg beyond Melbourne cam Great Ocean Road, Ballarat, Mt Buller, Grampian or Phillip Island. Taxi super mahal so aku x brani nak recommend. Dari airport takde train or tram so better naik bus or shuttle service to Melbourne CBD macam Skybus. Service time biasa last pukul 10pm so korang kena plan baik punyer. Boleyh cek melbourne airport punyer website.

Kalau nak tau lagi lanjut kenalaa cek semua website derang yg berkenaan. Xlarat aku nak link semua kat sini. Lagi satu Airasia flight turun dekat Tullmarine airport, MAS aku xsure so cek dulu. Jangan salah airport pulak masa arrange transport.
***************************************************

Aku ingat orang belah Jepun or Korea lagi banyak songeh la coz derang x brapa reti English so peraturan kena la lagi ketat kan. Rupenyer mat saleh ni super duper songeh nyer. Maybe aku kurang interact dengan local coz da pakai tour guide. Yang aku interact sikit2 tu plak yang menyombong tak tentu pasal so dalam kepala aku nih dah implant yang orang Australia ni sombong. Ade la 3-5 insiden kat McD, kastam, epot, kedai yang buat aku rasa cam tuhh. Maybe dengan aku jer kot. Or maybe coz aku pakai tudong? Ntah, wa tak tau. Hahahh

Another super long entry. Mencik nyer aku tengok, tapi x sampai ati nak delete coz da penat tulis long2. Korang pon da baca sampai abes kan. Kakaaakaaaa....! Pic Aussie dalam next entry. For now bye-bye amigo!!

Melbourne 0.0
Melbourne 1.1
Melbourne 1.2

Melbourne 1.3

June 10, 2013

Melbourne 0.0: Duit gaji da kempisss

Gaji bulan ni tinggal 150 hengget ohh yeahh!! Ni seme Melbourne punyer pasal. Punya la mahal transport and hotel and makan bagai! Bagus jugak, makin aku bersyukor jadi orang Malaysia yang idop kat Malaysia. Gile hape hotel bajet rege rm400 per room per night. Kat Malaysia da bole stay kat Pullman Lakeside kowttt. Rega airport shuttle bus rm50 1org sehala untuk 20km trip. Gila lagi!! Aarghh pening kepala gua nak kira modal. Abis gaji 3 bulan aku. Naseb baek xde mulot lain aku nak kena feed..

Dah padanla muka gedik sangat, gaji ciput tapi jejalan nak tempat anak menteri je. Tapi siyes aku besyukor belum tawen lagiii huhukkhuu. Kendian nak buat citer lagi best, aku punya visa skang tengah pending. Da seminggu lebih apply, orang lain dah clear aku jer tegendaler. Wut de heck la, kabo angin kater coz nama gua ber binkan nama junjungan tebesa kiter - Mohamad, which is also nama bapak kue. Well, aku xnak komen panjang b4 aku tau cerita sebenar. Yang konfem aku super stres ni, lusa da nak fly, visa x dapat2. Masalah paling besau, kalo aku x pergi, yang lagi 3 nuh pon x brani pergi. Arghhhh! Rugi arr dettt!!

Cemanapun, nak cerita gak ongkos trip ke Melbourne ni walopon kitorang x sampai lagi tapi da abes at least 3k seorang untuk flight, hotel and tour. Aku rasa rega tour ni super mahal, maybe sebab private tour and amek dengan agent kat KL. Aku da google and jumpe Melbourne tour company NI yang aku rase harga tour dia memang berbaloi and antara yang termurah jugak. Tapi kene share bas dengan tourist lain so kurangla privatenye and susah la kot kalau nak adjust masa untuk solat ke aper. Aku tak sure on that part, korang tryla baca blog ke aper pasal ni. Since my mum ikot sekali so aku decide solat and comfort must comes first. Dats why harga yang x masuk akal MAHAL iteww! Kalo aku and member jer xder hal redah solat tepi sungai or bejalan sampai lebam pon boleyh.. Fuhhh xperla aku redha. Korang rajin2la google sendiri kalau nak cari tour lain yang murah yerr.

oK arr, entry kali ni takder gambo coz aku belum sampai lagik teeeheheeee. Mau visa aku lepas nanti ader la insya alla entry 1.0 yer. Doakan semua selamat dan lancar, puh-leeeeeze.

Update: Aku bagi jugak pilihan tour lain yg aku jumpe tapi mahal banyak gak arr. Pandai2 la korang pilih
Autopia
ATWAD
Extragreen
GOR tour
Special tour: tinggal message kat comment!

next post ---- Melbourne 0.1

June 4, 2013

Mana Aku Jalan2 Bawa Diri??

Aku buat entry ni khas untuk link ke another blog omputih aku memandangkan aku dah lupe password blog itue argghhh!!! Tapi kalau ade sesapa yg tengah blogwalking or cari tips ka hape pasai jejalan, boley la try tekan2 link kt bawah ni eyhhhhh...

Jejalan sempoi gi Brunei DS
Pilgrim to Arabian soil
Pakistan germs
1st jejalan Korea
Muslim travel agencies
Cuti cuti Malaysia

Okay... banyak2 aku dok soksek rupenyer sikit ni jer entry pasal jejalan kat blog tu. Aiseyhhh konon nak buat travel blogg. Mimpi siang betoi~~~

May 28, 2013

TIPS: Fesyen muslimah??? Errww

Haa kontobesi tak tajuk?? Ok ok jangan salah paham ok. Aku pon muslimah jugak. Aku erww erwwwwww tu bcoz skang ni banyak giler stail pesen yang kunun nya muslimah tapi ketat, melekat, tetonjol, tetonggeng, gunung sana, lurah sini. Kalau tak singkat, meleret leret cam lori sampah pulak. Well, lu pike la sendiri tambah2 kalau sendiri yang pakai kakakaaaa.

Pastu satu lagi trend, bila gemuk sikit pakai cam guni baja or plastik sampah saiz xxxl. Bila ilang lemak je, terus pakai kebaya bikini bertudung litup saiz budak sekolah.. Munafik betui! Nak kawen pon cam tuh. Hari biasa bertudung labuh lawa je tapi time kawen sibub selit tudung masuk dalam baju. Nak tunjuk ape ntah! Nak tengok contoh??? Mestilah nak kan kan kann. Jom layan, untuk teladan ye bukan ikutannnnn.

Tudung tapi nampak rambut. Tutup ape ni?
Ok aku xnak cakap pasal dada or leher da memg compom kena cover. Kain pon kena tengok gak, melekat semacam jerr
Mendada lagik...
Pelik tak nape aku rasa x ok?? Dada weii dada kena tutup, aurat tuh!

Say no tu leggingg! Hudohh kott
Ok ni aku xtau nak kata camno. Funny, weird... tutop tapi banyak imaginasi kat situu...
Sorilah fans Yuna tapi again, say no tu legging. Pakai dalam skirt ok kutt
Ni tudung x cukup kain + baju melekat 

Sorryla banyak pic abe google yang aku dah abuse kat sini. Aku nak kredit tapi macam mengaibkan orang la plak kan. Korang google la sendiri conpem belambak pic fesyen kunun muslimah tapi tetttt.. So, jom tengok plak fesyen cemana yang pada hemat aku cukup sifat kemuslimahan nyerr. Aku xla 'A' sangat bab fesyen so xyah la yaols beria nak ngumpat aku plak!
baju g opis. sweet x? Sori sis x kredit pic
Tutup yg cukop sifat. Sori lg x kredit pic
Tutup ape yg perlu tutup.
Cuku sifat. Harap kain x melekat or ketat la kan. Sori lg x kredit pic
Aku tengok fesyen skang ntah ape2 pastu tutup ala kadar. Fesyen designer pon 2x50 tak paham hukum and keluar statement suka suki. Fesyen muslimah wajiblah berkiblatkan agama bukan nafsu or idea2 mengarut. Well, bole je mau nak kreatif, amek idea UAI buat tudung cantik2 guna baldi, gayung dan sewaktu....gagagaaa!!!

May 8, 2013

Jalan jalan Poie Bandung~ Mei 2013: Kisah paspot hilang

Macam dah jadi piawai plak, every year mesti nak ade 1 edisi becotey yang x masuk dalam list. Kiranya tempat yg tiket flight dibeli sebab AA buat promo murah sakan dan bukan sebab nak pg sesangatt hahahahhh. Tahun ni tempat itu adalah Bandung, tahun lepas Brunei DS. Padahal aku dah beli tiket utk satu family ke Bandung tahun 2014. Ok la tue, kira aku pegi recce dolu keadaan sebelum nak bawak family 1kampung datang kan.

Kisahnya aku pi ber-5 sebab ajak 1org member ni, pastu mama n adek dia pon nak ikut. Tapi derang ni dah penah sampai Bandung makanya datang ni sebab nak shopping je laa. Aku?? Mestila nak tengok tempat oranggg. Indon kan banyak kawah volcano, Mesia terchenta ni mana ade. So wajibla pegi pusing2 tengok muka bumi Bandung ni kan. Shopping yang perlu2 aje, kebetulan memang nak cari winter coat so beli je la kat sini coz murah bangett. Beli kat Namdaemun dulu dalam 210 hengget, beli kat Bandung 70 hengget je mak kau!! So aku balun 2 lai. Pastu tak puas hati coz wana cam sama 2-2 sebab yang wana cantek2 tu semua saiz xder. Yerlaa aku big size, nak wat cemanaaa. Padan muka nak sangat yg muroh, nah amek ko!!

Aku kira2 belanja aku x sampai 1000 engget pon dok bandung 4h 3m ni. Stay kat hotel Mutiara 3mlm sorang RM200, aku book dekat Agoda. Guna supir + tip bagai baru RM100 sorang. Flight return RM125 sorang. Makan + tiket masuk + shopping baru RM500. So memang murah amat la. Overall aku sangat heppi sebab ongkos tak mahal. Terbukti jugak aku bukan kaki sangat shopping sebab most of the time aku je yg tepaksa sorg2 tunggu orang len bershopping sakan, buntang mata2 tengok kain and baju murah. Well, org lain kaya, aku plak kene tapis duit nak pegi Aussie hek hekkk. Tapi.....

Ade jugak la few mende yang x besh masa kat Bandung ni. Masa datang semua lancar and selamat sangat sangat walaupun cam takut2 jugak masa nek kereta dengan supir sebab cara drive yang aku surrender awal2. Kereta motor rapat siap boleyh high-5 dengan driver/passenger keter sebelah kalo nak. Bab ni orang Malaysia sangat ok lagikk. Ok tinggal dulu bab drive, kita pi pasal makanan. Kitorang kata sana memang avoid makanan yg dijual kat gerai2 tepi jalan or bangunan sebab supir dah pesan x berkualiti. Tapi mama mmbe aku tekena jugak pi beli air milo tin kecik biase wana hijo tu dengan haga 20000=rm6. Nasib baik x sakit perut ke ape.

Yang aku pulak masuk Mart nama apo ntah yg nampak bersih dan canteq mcm 99speedmart kiter tu dan beli air kotak kopi yg brand xder kat Malaysia, sajer nak rasa. Perisa kopi + caramel, boleh tahan. Member aku beli susu dutchlady. Aku rasa macam dah masam tapi member aku minum cool ajer. Kitorg sambung minum and everything bejalan terbaek n no problemo la, siap kitorg g jejalan ke cibaduyut n FOS bagai. Time malam, jeng jengg jenggggg..... all doors of hell break lose. Abes tekeluar balik hape segala yang aku makan waktu siang tu. Dah 10 tahun aku x penah muntah sebab aku paling menci muntah, kat bandung aku muntah! Cess.. seb bek esok tu da nak balik. Maka merasa lah aku pengalaman keracunan makanan di negara orang. OK la tu, dulu kat Seoul aku demam 1minggu sejuk winter punyer pasal. Tapi 2-2 kali sakit xyah masuk sepital sebab x pengsan dan gagah lg boleh berjalan cam biaser. Cuma mood kureng baek arr kan coz tekak kembang n kapla pon pening2 bila ada bau2an telebey sudaaa.

Satu hal lagi time ktorang dah kat airport, masa check-in baggage tetiba aku punya 1beg ni xboleh drop koz lebih muatan. Menyirap lah darah gak coz barang aku sikit amat, nampak sangat ade org pandai letak barang dia dolu sebab barang dia banyak tapi xnak supersize baggage maka tumpang aku punyer. So dengan pening dan mual dan bad mood dan sakit pewutt aku pon tarik muka and check dgn clerk AA tu tanya cemana boleh x cukup padahal kitorg patut dapat 80 kg. Check punya chek punyaaaa la check, tett tetttt satu paspot telah menghilangkan diri dgn jayanya. Asal kitorg bagi 5 paspot kat minah clerk tu dah tinggal 4 je. Dan paspot hilang tu adelah membe aku punyer. Memang dasatt la time tu punya panik siap da suh minah clerk tu cek kaunter bagai, siap pegi tanya kaunter cukai and mintak pakcik kat situ tolong cari bagai, da suh tukang loading bag pg tarik balik bag yg da cek-in bagai, abes semua beg kt tangan ktorg yg x mungkin letak paspot tu pun buka smua. Macam macam ahhh. Gila ahh mau x bole balik kena extend hotel lagi, duit lagikkk oh nooo~~

Last2 kawan aku tu, yang dah hampir nak nanges sebab panik terus masuk kat tempat duduk clerk counter AA tu pastu cari sendiri paspot dia. Minah AA tu malas layan kitorg pastu suruh kitorg keluar barisan sebab nak bagi org laen drop baggage, kununnn! Muka dia da macam singa betina penakut dah, siap tukar dok kaunter sebelah sebab xnak kena sembur dgn kitorg. Masa tu ktorg x saspek ape2 lagi, yerlaa berhati baek la kan. Tup-tup kawan aku yg malang tu jumpa paspot dia tu bawah keybod pc minah AA tuhhh!!! Macam siottt je kitorg dah panik rupe2nye memang ade kat kounter bag drop manual yg burok itue!! Boleh pulak kan minah tu x jumpe cari kann? Yeke x jumpe? Ke tangan dia yang mungil poteyh melepak tu yg ''''ter'''' selit paspot merah tu bawah kibod? Hrmmm think positive... maybe dia separa sedar kot, paspot tu kan wana merah so x nampak clear, gelap, pudar. Kalau wana hitam ke kelabu ke senang la nak nampak. Hmmm hmm hmm~~~ Korang yg baca ni berhati2 lah jugak yee.

Baek.. suda suda laa berkisah x besh.. malas aku nak ingat. Cemanapon pengalaman berharga jugak semua ni. Jom2 layan hasil lensa guwe after entry aku yg maha panjang ni, AGAIN!~
















Itu ajer ini kali. Sudah2lah demam PRU13 yer noksss..... wsalam

April 26, 2013

Seni Bangunan: Pelik tapi I Loikee

Aku memain dgn pakcik google and kali ni aku tejumpa gambaq rumah idaman. Waaa suke suke sukiii! Baekla xyah entry panjang bagai mai aku tunjuk gambo je. Semua google mari tau. Mana tau bole bagi ilham rumah or design bangunan ape2 yg korang teringin nak buat esok2. Zassss!!












Toilet tu bess bole wat BBQ party reramai woooo!

March 11, 2013

Cuti2 Korea siri II

Aigoo...
Cam post aku yang lepas2 aku dgn bro kecik dah pegi vacation awal tahun 2013 (yeyy!) ke Korea Selatan baru2 ni dan dah selamat balik ponn. Oleh sebab aku teringin nak tengok salji maka aku kira kitorg lucky banget lalalaaaa sebab banyak lagi salji x sempat cair time kitorg kat sana. Nak2 kat area2 utara atas dari Seoul cam Nami memang naik jemu yeke?? la sebab salji aje sepanjang2 jalan. Actually hari ke-3 kat sana ajusshi kat kedai makan ada inform ramalan hujan snow kat Seoul tapi kitorg pulak lari ke area lain maka x dapekla merasa hujan snow yang kununnya romantik iteww. So aku pon x sure betul ke idak snow ade turonn pada hari tersebut. X kesahlaa... dalam kamera penuh da gambo snow kat Nami, cukup arr tuhh.

Aku rasa puas dah kali ni aku pusing South Korea selama 9 hari kami kat sana, sampai masuk hari ke-6 dah tak tau nak pi mana. Sejuk pun satu hal jugak. Ikot hati mau aku bersemayam dalam bilik aje sampai hari flight balik Malaysia terchenta. Tapi memikiokan duit da belanja banyak untuk tiket dan hotel, x patotla pulok asek memerap dalam bilik aje kan ann ann. Makanya kitorg pon roamingla 10-20km on foot pusing sekitar bandar Seoul. Memang kurus wa cakap luu. Ni aku list yempat yg kitorang pijak kat negara dong bang shin ki neyh:

D1: Arrival, pusing Seoul Station cari makanan, Sejukkk!!!

D2: Gapyeong - Namchuncheon, Namiseom, Petite France, Dompet bro hilang aka tinggal dlm itx train wakakaaa~~~

D3: Seoul to Sokcho to Gangneung - Lighthouse, Sokcho beach, Pavilion (plan hiking Seoraksan x jadi coz pening nek bas)

D4: Gangneung to Seoul - Jeongdongjin beach n city, Sculpture park, Hourglass park, Suncruise hotel (plan naik sea train x jadi coz jemu tengok laut gahahaaa. Plan g tgok kambeng bebiri farm pon x jadi coz pokok sume layu xde daun so scenery x cantekk)

D5: Seodaemun Prison (da sampai tp x jadi masuk coz dak skola ramai sangatt), Gyeongbokgung (tgok upacara tukar guard je, x masuk pon), Samcheongdong, Bukchon Hanok Village, Namdaemun, Jongno

D6: Cheonggyecheon stream, Tapgol Park, Jongmyo Shrine, Dongdaemun market, Pyeonghwa clothing market, Dongdaemun Plaza, Dongdaemun fortress

D7: Seoul Grand Park/Zoo, Itaewon, Cheonggyecheon plaza, Bosinggak

D8: Insadong, Myeongdong, Namsan Tower, Namsan Park, Itaewon, Namdaemun

D9: Kul 5pagi buta n sejuk naik airport bus ke Incheon airport. Malaysia!!

Maka dengan ini, cukup2la aku rehat xyah pg Korea dah at least dalam tempoh 5 tahun lagi. Hikhikk kecuali ade orang nak sponsor laaala.. Annyeonghi Gyeseyo!

March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia~~~

Woww.. siries baru tau ade rupenyer hari khas untuk kaum fomfuan cam aku. Hari Lelaki ade ke hek?? Hari laki/fomfuan jadian ade??? Bese arr pada aku ni sambutan untuk manusia2 zaman moden yang da telampau borink dgn hidup derang so menda2 sia2 cenggini pon nk wat sambutan kan an ann. Pada aku lagi, kalao nak appreciate pompuan or ape sekalipon, bukan sekali setaun je tapi everytime hokey everytime..

Oleh sebab aku telebey rajin maka aku check kt Wikipedia and found out la theme Hari Pompuan 2013 as:

UN theme: "A promise is a promise: Time for action to end violence against women"
Universal theme: "The Gender Agenda: Gaining Momentum"

Hokeyyla aku setuju je tema ape pun janji jangan include lgbt ke perang ke mesej bagus, application bagus, impak bagus. Ngeri gak baca pasal crime + violence against women ni and opkos aku mintak janganla jadi kat aku or memana pompuan punn. Tapi kalao nak kata pompuan ni 100% baik dan x bersalah, yang tu aku x berapa nak setuju sangat laa... Kalau pompuan tu memang jenis jaga diri jaga maruah maka aku harap sangatla di pihak jantan jangala kacao puak ni yg termasuk la haku ;ppppp. Tapi series bebb kitorg x kacau mata or bangkit nafsu serakah korg so janganla kaco2 spesis baik camni. Nak kaco pg kacau puak2 yg nak tunjuk2 konon xnak tapi teringin nak bagi tuhh...

Selalu aku tengok kat TV isu harrasment ke abuse ke bagai yang involve pompuan, kadang rasa cam bangang pon ada depa nih. Contoh pompuan sorang ni tuduh ade jantan dok intai tengok suor dalam ke, luroh dendam ke nak pegang2 ringan2 ke. Kemain lagi nangis2 si pompuan tu tapi bila tengok pakaian MASYALLAA~~~~. Nak kata tutup tapi nampak, nak kata seluar tapi lobang sana sini, nak kata kain tapi carik sampai pinggang, nak kata skirt tapi tunduk 1inci nampak g-string 10inci, nak kata baju tapi kolar dok atas pusat. So camno tuhhh?? Poning2 denn. Kalo den jadi jantan denn 10000x pening, nasib baekla den ni pompuan. Walopun xayu dan xmolek di pandangan mata tapi ayu dan molek dalam hati gitewww kekekeee

So alkisahnya aku nak ngomong kat semua spesis pompuan ni, you get what you give and people do judge you with what you are wearing. Da pakai x cukup kain pastu pi dok gedik2 dengan ayat2 sakaratul maut, you get what you deserve. Kalau nak kata pompuan ada hak nak pakai baju cemanapun, aku kata lelaki pon ade hak nak tengok kemana2 pon termasuk body part yang korang tayanggg. Kalo kata pompuan bole buat ape je yg derang suke temasuk pi gelek2 late night kat club or jadi social escort dan sewaktu dengannya, maka en. laki pon boleh buat ape yg derang nak termasuk tetttttttttttt.Ok?? Belajar taekwando la kalo rasa nak bole melawan. Sorrrry ladies, i sincerely believe that men would not look down on us if we dont give any hell of SIGHT and chance! Once again lagi:

~~~Happy International Women's Day~~~

March 7, 2013

TIPS: Beli Rumah - Hadeiyaiii~~

Yep, aku sudaa punya hutanggggg harta ber nilai setengah million 40 tahun dari sekarang!! Baeklaa.. baca pon da paham aku mimpi siang kuikuikuiii.

Orang kata mau nak beli umah baek beli awai2, jangan tgu lelama. Makin lama makin mencanak2 harga naik patu x igt dah dia nak turun punya.. So aku pun lepaih 3thn mengintai2 sana sini maka jumpa lah satu umah ni yg ok2 la dengan bajet. Sakit perut jugakla fikir jumlah utang and installment bulan2, tp sebab loan approve punya pasai aku amek je laa. Lagipon nanti tebarai pulak deposit burn camtu jek kan an an.

Aku ingat dah cukup banyak la aku baca pasai nak beli umah ni, ape segala loan  x loan nya, lawyer x lawyer nye, jenis rumah la, pemilikan la hape segala... Sekali bila dah betui2 kena handle mende2 tuh baru ler tau, pening hoi pening. Tengok dak2 opis beli umah cam senang jer derang, xde pon pening2. Tapi aku sorang ni je yang pening hak hakk hakk. Apo la nasebb denn....

Nak ceritanya kalau korang tengok iklan rumah perhhh punyerlaa best dengan free itu ini, janganla happy sangat noo. Takde mende free yang senang dalam dunia nih. Ada je terms and condition dia yang korang buleyh dapat migrain free try nak paham. Meh aku citer sikit ape hal2 / term2 beli umah yang aku jumpe/tekena. Ni aku tunjuk dulu property highlight rumah yang aku hutanggg beli ni:

* BUMI : 7% DISCOUNT + 5% REBATE
* NON BUMI : 5% REBATE ( ONLY 5% UPON SINGING SPA )
* 2 Car Parks
* FREE SPA Legal Fee
* DIBS ( 0% Interest During Construction Period )
* Partially Furnished : 3 Air-Conds, Kitchen Cabinet, Hob & Hook, Plaster Ceiling

Sales agent
Orang pertama yang akan deal dengan pembeli rumah ialah sales agent (rumah direct beli dari developer) atau agen hartanah (rumah subsale / lelong). Derang ni boleh jadi direct dari pemaju takpun property consultant yang pemaju hire tuk buat sale n promotion property derang nak jual. Nasib la kita dapat yang direct x direct. Janji derang ni tau semua pasal rumah kita nak beli tu. Dapat yang macam aku, kejap tau kejap x tau arr alamat x tido malam la. Seb baekla aku tanya ape dia layan kan aje, xde tarik muka tapi aku la yang tarik muka kalau setiap soklan aku mesti dia nak panggil orang lain tolong jawab kan.

Sales agent ni biasanya bole tolong uruskan A - Z pasal pembelian umah. Cam aku, dia yang submit loan application form and lawyer bagai. Cuma nak suh tanya untuk government loan, aku tak yakin sangat dia boley buat walopon beria dia mengaku da banyak kali tolong apply gov loan untuk buyer. Sebab ape tak yakin? Aku yakin interest gov loan fixed 4% je tapi dia ni boleh plak kata 4% tu ade discount lagi. Huhhh??

Update: Conpem aku memang tekena sales agent yg x brp reti nak wat keja. Rupenyer dia submit application kat satu branch bank aje and dok tunggu2 bank tu reply sampai sebulan (actually x reply2 pownn). Last2 aku apply sendiri kat bank lain and dpt jwpn x smpai 1mgu. Bila aku mntak balik payslip ori aku kat SA tu dia boleyh kata ada kat bank, x amek lagi.

Lagi sadis masa bagi receipt + confirmation slip tuk booking dia tulis harga original before discount 7% bumi tuh. Bila aku question dia jawab bank yang akan tolak 7%. What the heck??? Gila ke ape bank pulak yang baik hati nak pandai2 tolong tolak harga developer letak. Then jenuhla aku kena p xplen plok kat orang bank yg aku apply sendiri tu pasal harga yg aku amek tu bumi lot punya tapi x tolak lagi bumi discount. Seb bek arr orang bank tu rajin pi tanya developer and terbukti kebenaran di pihak aku huahuahuaa. And aku syak nape loan aku x lepas kt bank yg SA tu apply coz harga tinggi before discount. Aiyooyo amoiiiiiii.... ini macam pon dok ada noo~~ Korang hati2 la yer

Bank

Pemaju biasanya akan ade panel bank sendiri untuk kita buat loan perumahan. Boleh kalau xnak pakai bank panel tapi benefit yang derang iklan kat brosur2 tu dah x bole pakai. So kat sini memang problem la kalau xnak pakai bank conventional tapi nak guna yang Islamic atau pinjaman kerajaan punya. In my case, DIBS dah xdapat, automatik terbatal. Depends pada pemaju. So baik tanya betul2 ape prospect guna panel bank or nak pakai bank pilihan hati. Kadang2 interest rate bank panel jauh lagi tinggi (coz discount BLR rendah) dari bank bukan panel so tupun kena fikir jugak.

Dalam kes aku interest bank xlah yg paling murah tapi x jauh sgt dgn 4% so aku redha jerla cumanya nak kena pikiaq pasal dosa bunga la kannn. Yg x best pasal agent bank ni, dia boleh paksa aku amek credit card dgn alasan tu wajib coz da masuk dlm pakej homeloan yg aku amek. Kapla hotak luu!! Da masuk dlm pakej tapi anually kena gak bayaq RM50 even though x guno! Camni arr hangpa buat det haram... Xpola redha sekali agi sebab depa bukan orang Islam ponn.

DIBS

Kalau beli rumah x siap lagi cam aku ni, mestila xmoh bayau selagi rumah x siap kan. Tang ni la berguna DIBS ni coz developer akan bear interest loan kepada bank bagi pihak kita. Contoh kalo rumah siap lagi 2 tahun, dalam 2 tahun tu kita x payah bayar ape2 kat bank. Tapi sebenarnya interest pinjaman dah start kene charge oleh bank. Makanya yang tu la pemaju yang akan tolong bayar sampai kita dapat kunci rumah. Free x perlu kita bayar balik ke developer. Best kan? Da dapat kunci rumah baru kita start bayar installment bulan2 sampai la abes term loan tu. Dalam installment tu da termasuk principal + interest. 

TAPI, dalam kes aku ada syarat tambahan dari developer pasal DIBS ni. Derang akan tolong bayar interest setakat interest rate 4.5% je. Kalau interest naik lebih rate ni cth 4.8% ke, buyer still kena bayar sendiri interest yang lebih 0.5% tu. Hahahh haa haa....

Bumi/non-bumi lot

Tengok nama pun dah paham kan maksudnya bumi lot hanya boleh jual pada kaum bumiputera je while non-bumi boleh untuk yang bumiputera ataupun bukan. Istimewa lot bumi ialah dapat beli pada harga yang lagi rendah. Dalam kes aku ada 7% discount so aku amekla lot Bumi. TAPI kena berjaga2 juga kalau teringin nak jual satu hari nanti, maka kena jual rumah tu pada Bumi je x boleh kepada non-bumi. Kalau nak juga kena la mengadap proses yang cam rumit gtew pastu fulus keluar lagi... Well, aku x pke pon nak jual so kaut jer la unit yang murah2 ajer..

Freehold / Leasehold

Rasenyer mau korang selalu ushar2 rumah ni mesti paham menatang ape term hold2 nih. Freehold tu rumah yang korang beli dan jadi milik korang selama2nya. Leasehold plok maksud korang beli dan umah tu jadi milik korang untuk satu tempoh, normally 99 tahun dari tarikh korang beli. Lepas abes tempoh tu korang or cucu cicit korang kena ler renew lease term dengan majlis daerah area umah tuhh. Kalo xnak renew pon boleyhh kot tapi abesla hak korang ke atas rumah tuww

Strata title

Bahasa mudahnye pecahan lot untuk geran rumah. Kalau korang penah dgaq kat kampung orang dok tanya 'tanah geran atas nama sapa' or 'tanah dah pecah lot ka' maka tulaa lebih kurang menjurus maksud strata title (Juruss??). Kiranya rumah atau tanah yang kita beli tu status geran atas nama siapa. Paling bagus mestila 'individual title' atas nama kita sebagai pembeli tapi ada juga kes title still atas 'master title' nama pemaju maksudnya lot rumah kita tu disatukan dengan lot2 lain atas nama pemaju. Hampehh x? Kalau cenggini manyak susah, nak buat refinance or nak jual esok2 susah manyak.. So kene cek strata title ni untuk rumah yang kita nak beli and masa SPA kalau belum tukar individual title maksudnya kena keluar duit lagi untuk tukar title pulakk..

Rebate/discount  

Macam aku ngomong tadi, ade developer yang baik hati nak bagi discount untuk rumah yang derang jual. Biasa dalam brochure or promo mesti derang mention mende ni coz nak tarik orang beli. Ade developer yang bagi sampai 20% discount or rebate untuk term2 tertentu contohnya early bird booking dan bumi lot. Ade jugak yang bagi habuan kalau korang bawak/introduce orang lain tuk beli umah tu. Lain2 jenis habuan untuk attract buyer termasuk free aircond, kitchen cabinet, furniture, floor tile and segala mak nenek yang derang nak bagi free. So kalo korang nak beli dari developer, check bebetul semua bende free2 nih so that korg dapat apa yang korang deserve tuk dapat. Actually harga yang kita bayar untuk rumah tu dah include semua benda2 discount and rebate nih and xlah sangat developer tu baek hati nak bagi free gift kat buyer. Be wise and smart with what you pay hokeyyy!!?

BLR

Kalo sesapa yang penah try2 apply loan tu mesti penah dengar BLR kan. Yang aku paham BLR ni had maksima interest yang bank negara tetapkan untuk sebarang pinjaman dari mana2 bank kat Malaysia. Kalau tak betui, betulkan laa haku. Tahun ni BLR around 6.6. Tapi kalau pi tanya rate kat bank, ada pegawai yg akan cakap 1.9 lah, 2.2 la, 2.4 bla bla blaaa.. Haa tu jenis pegawai mengaji telampau tinggi sangat. Macam baek sangat bank nak bagi kita hutang 30-40 thn dengan interest 2%. Tak dapek la der...

Yang pegawai bank cakap tu BLR punya discount, ok? Bukan interest rate pun. Maksudnya kalau dia kata 1.9 maka interest rate ialah 6.6 - 1.9 = 4.7% dan seterusnya. Korang kira la sendiri. Kalau tengok dalam brochur bank, BLR discount ni akan diletak minus (-1.9, -2.2, -2.6, etc.). Lain bank dan lain jenis pinjaman maka lain la nilai BLR discount. Tapi secara general, lagi tinggi discount ni lagi rendah interest rate pinjaman kiterr

MRTA/MLTA

Bila kita buat pinjaman perumahan, akan ade sejenis insuran yang kita kena amek namanya MRTA or MLTA. Nak detail boleh google tapi secara senangnya MRTA ni insurans yang kita bayar premium tapi kalau jadi ape2 kat kita, bank yang akan dapat duitnya. Kiranya ni insuran jaga kebajikan bank kot2 kita x dapat bayar sebab xcdent or death la. Tapi developer lari or kita xde duit coz kene buang keja x cover sini ekkk. Yg MLTA tu dia cover dua-dua bank and buyer iaitu kiter ler kiter!

Boleh pilih nak yang mana tapi mestila premium MLTA lagi mahal dari MRTA dah coverage dia pon lagi luas. So terpulang nak yg mana. Cost MRTA bole serap masuk dalam loan tapi yg MLTA ni aku x sure boleh ke tak. Pigi la tanya bank untuk tau lebih lanjut

Lawyer fee

Rega peguam basically akan cover dua hal. 1. Loan agreement 2. Sale n Purchase agreement. Detail anak cucu cicit dia memang panjang x hengat. Ada pemaju yang serap aka bagi free lawyer fee untuk ke2-2 agreement tu ade yg cuma bagi free SPA ade yang x bagi free langsung. Legal fee untuk cover 2-2 menda tu anggaran dalam 5-7% rege umah. Cam kes aku dapat legal fee free untuk SPA je, so aku kena bayar sendiri kos loyar untuk pinjaman bank. Dlm 8k jgak laa... aduihhh loyar burok sunggoh! Update: Actually aku kena bayau dalam 5k je, selamattt.....

Tapi ade 1 blog hartanah ni kata kalau pemaju bagi free legal fee untuk S&P maksudnya peguam tu mewakili pemaju and of course x bela buyer langsung. Undang2 x bagila lawyer yg sama cover 2-2 belah pihak, giler hape? So blog tu rekomen kita amek jugak lawyer sendiri. Woww.. berapa banyak lagi nak keluar duit ni??

Lastly, aku rasa xyah la happy sangat dapat beli umah ni. Kita berhutang sebenonya, kalo abes bayau 30 - 40 thn kendian baru jadi hakmilik betul2. Kata orang rugi dok bayar sewa bulan2 tapi rumah hak orang lain. Tapi rege sewa aku sekarang manyak murahh la compare dengan installment bulan2 yang aku kena start bayar 4 tahun dari sekarang. Manyak save maa! Lain arr kalau kita memang dah xde tempat langsung nak tinggal, asek2 tumpang umah orang je kan. Tu memang wajib arr beli umah kalau dah mampu...

Semoga bakal rumah aku ni memang bebetoi 'Rumah Idaman' la harapnyee. Aiyokk! Ciaoo...