Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

August 4, 2012

TIPS: Walkie talkie Jepun siri 0.1

Haitte! Apekah aku nak tulis tuk siri 0.1 ni ye? Wooww.. da 3 bulan balik baru nak soksekk pasal Jepun. Kakakaa... coz blog lain da belambak lambak ceghito pasai negara matari tubit ni so xde masalah punyer aku nak tulis taun depan pownn.

K la aku rasa baek aku ceghito pasal proses nak wat visa p Jepun dulu. Kalo korang2 yg tgah nak p sana mesti da godek2 kan cemana nak wat visa.. And da baca gak macam2 requirement tuk buat visa ni. Aku dengaq member aku dulu p Aussie, China cam tenang je, rilek jer. Alih2 bilo aku nak wat visa Jepun semacam pulokk songehnyee. Kalo korg nak tau ni laa proses yang aku went thru':

Check website kedutaan Jepun kat Malaysia
Kena tau kalau kita p Jepun atas urusan berbeza, maka lain la jugok requirement die. Kalau melawat kawan/ sanak sedare lain, business/ company trening/ seminar lain, pelancong berani mati cam aku lain. Rajin2la bukak website ni kalau nak tau dengan lebih tepat segala mak nenek kena ade untuk apply visa Jepun ye -->>> http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html

Cukupkan duit dalam akaun bank
Aku dok intai2 pengalaman orang lain ada yang kata kena ada RM 7k - 10k dalam akaun baru bole lepas visa. Ade yang kata jumlah tu untuk setiap orang ade yang kata cukup kalau untuk satu pasangan dengan anak kecik sorang. Aku pon x sure yang mana satu coz bila aku contact embassy depa kata xdak exact amount janji depa rasa cukup ongkos sepanjang kita dok kat Jepun maka lepas la. Maksudnya selain statement bank depa tengok jugak kerja kita, gaji kita, hokeyy??? Tapi supaya xyah buat kerja banyak2 kali maka buhla banyak sikit det dalam acc tuh. Cam aku letak dekat 15k gak coz p 2 orang. Pinjam la kat sapa2 sat untuk print ja pastu bagi balik. Jangan pinjam pastu buat2 cam ghete sendiri pulok. Mati kang hangit ja dapat dosa free

Bila rasa da cukup det tu xyah la segan2 nak print account statement or buku account sebagai attachment time apply visa. Hampa pi ja kat kaunter bank, bagi IC dengan buku bank (kalo ada) habaq kata nak mintak print account statement yang tunjuk account balance. Setakat tunjuk transaksi bulanan bayaq keta, rumah, bil, ptptn ka xdak sapo nak tengok kak kann. Lepas print mintak bank cop terus. Xdak cop x laku, buat seniri dengan MSword pon boleyy kann? Lepas tu pepandai la bayaq sendiri kalo bank caj untuk print. Cam aku dekat BnRakyat kena caj RM 5. Bedebahh, melayang det lunch. Dengaq kata kat CIMB x kena caj, bank lain aku xtau so sila p tanya senirik

Bukti sah keja dan dapat gaji
Ni la yang aku kata depa nak tengok larat ka kita dok Jepun dengan status kewangan kita. Tuk sesapa yang keja makan gaji hendaklah mintak surat pengesahan majikan bertandatangan dan cop majikan pasal kita punya kerja, tarikh start keja, jawatan, gaji bulanan dan maklumat sewaktu dengannya. Kalo majikan tu xdak SU maka hampa la tulis/ type and print sendiri pahtu bagi majikan sain ja. Bagi yang sendiri jadi tauke aku x pasti. Maybe kena bagi sijil pendaftaran perniagaan dengan dengan laporan kewangan kottt?? Watatauu....

Surat tanggungan kewangan
Hampa kena karang sendiri surat untuk bagitau sapa yang biaya belanja sepanjang dok sana. Kalau company tanggung maka bos la kena keluaq surat. Kalo hampa p trening/ conference kat sana pun kena ade surat offer/panggilan dari pihak company Jepun as bukti. Kalo yang tanggung anak2 or sedara cam aku ni kena tulis dalam surat siapa dan berapa orang yang kita tanggung sendiri. Kalo ade sedara/ kawan yang tanggung kita kat sana pun kena declare dalam surat tapi aku x pasti kalo depa pun kena sain jugak. Ghajin2la contact embassy naa.. bole belatih cakap Nihon sekali ngeeheheeee.

Borang apply visa and itinerary
Ni bole donlod kat website yang aku bagi kat atas. Borang tu pdf so xyahla rajin2 nak modify or bikin borang sendiri. Confirm kena reject punya kekekeee. Cara nak isi pon ade sekali dalam download tu. Yang itinerary tu ja format MSword so bole tarik2 kotak ejas bagi muat kita nak tulis apo. Itinerary ni korang xyahla tulis nak p tempat2 high class sangat kalo rasa det dalam bank x cukup. Masukkan tempat yang biasa ada dalam itinerary tour agency ja bagi lepas visa. Nanti sampai jepun nanti nak p mana baru ikot suka la, xpayah ikot itinerary. Pastu tiket flight and hotel apo seme tuh x payah bagi, nanti depa lempaq balik ja masa kat kaunter. Semak katanya, dalam hati la...la la la

Submit visa application @embassy
Aku p embassy Jepun di Jalan Stonor, KL pagi kui 8.45 cenggitu. Orang tak ramai so urusan+tunggu x sampai 1/2 jam. Aku p dgn adik aku aka partner p Jepun tapi masa bagi dokumen sume baru tau wakil pon boleyh ajer. Bawakla pasport sume orang yang nak p. Buang det betoi adik aku kena mai nuhh dr Peghelih semata nak buat Visa. Siap amek 2 nombor giliran, alih2 buat sama2 gak. Dahla minah kaunter tu muka kelat cam taikk kopi! Sakit pinggang asek2 kena tonggek hait, haitt gamaknyo.. Kaunter yg bukak duo jaa so kalo org rame aku xtau la cemano. Pastu time aku p tuh yg ramai pemohon visanya Chinese. Melayu ade 3 orang temasuk aku n adik aku. Rasa cam silap masuk pon ada. Sib baik guard2 baik2 belako

Kalo smua dokumen hampa sedia tu da lengkap, depa akan amek semua dokumen dgn paspot then bagi collection card yg da cop collection date atas tu. Ari ni apply lusa da bole amek paspot bervisa, 2 hari bekerja. Ok, cepat gakla cuma mikiaq aku nak ulang alik dr Kajang, sakit pewutt gak nak redaihh jam pepagi tuhh. Tapi alhamdulillah aku xdak yg x lengkap so proses kalau yg x lengkap tu x dapekla aku nk ceghito kat sini. Senang ceghito korang prepare la bagi telebih lengkap pon xpa. X rugi aihh, kena rajin ja laa

So da dapat visa semua apo laie cepat2la plan nak p mano kek Jepun nanti, jangan lupo buat anggaran duit nak guno banyak mana. Kalo p dengan agen, pikiaq duit makan dengan sobenir ja la coz da banyak duit perabih kat sini lagi tuk bayaq kos pelancongan kan an ann. Cam aku yang p berkelana 2 orang diri ni kena kira semua duit travel, makanan, tiket masuk, hotel, sobenir, duit tambahan kalau sesat, sakit, xcident bagai.

Seb bekla xjd ape2 yg burok kecuali sesat memanjangg~~~~

May 1, 2012

Walkie talkie Jepun Siri 0.0

Konbanwa minna!! (sambil kasi senyum2 macam Nanako Matsushima)

Kenapa konbanwa, tak konnichiwa? Hmm.... Coz la ni aku tulis time tengah malam ok. Kasi pusing kepala 400 darjah la mau buat itinerary pi Jepun ni. Nape ntah masa p Korea dolu cam senang x hingat. Urmmm... haa rege kott! Barang and sebis kat Korea harga boleh pukui rata lagi, mahal dalam 10 hengget lebih je dari kat sini. Kira makan tghari 6k won = RM18 ok bole kautim lg. Yg kat J-poon ni mak aihhh seksa wa cakap lu! Nak kenyang set makan paling murah 1000yen = RM38. Tu kalo jumpe yang 'murah' la. Kalo nak macam kat sini makan 2x sehari, memang aku abes det kat makan je la. Pahtu stay ja kat hotel tak p memana daaa. Waaaawawaaa!! Patot la pakej p Jepun da tak berapa nak banyak. Wawawwaaaa lagi!!

Ok stop! Since aku lagi 3 hari lagi nak berangkat, baekla aku carik mood baekkk punyer kasi power sikit trip cari pasal aku ni. Cukup la aku dengar citer buruk pasal melancong kat Jepun ni, ate tiket hotel semua dah beli. Visa pon da selamat tepampang kat paspot, maka moh le pegi meredah onak dan duri di Gunung Fuji kakakakaaa (gelak nak nangeh). Tapi memang laa mahai nak mampuihh... x sampai lagi aku da berabes lebih 2k tuk hotel dgn flight. Cam ayaq teh ais duit aku kuor, masuknya macam tanam biji kopi kat bulan.. Peginya 2 orang jer. Cheese cheezy! Ni semua Dragon ball, Doraemon, Sailormoon dengan Samurai X punya pasai, debushh kedebushhh!! Awatlaa aku x ikot cakap mama aku dulu, baca Quran bebanyak, jangan baca komik. Adeihh...

Harap2 baekla mood aku lepaih balik nanti, bule merapu siri 1.0 dan seterusnya. Moga selamat pi dan balik jugak coz walopon kononnya Jepun tu antara negara paling selamat kat dunia tapi bos aku bole plokk buat antu. Se2dap rasa ja bitau kat Jepun banyak serial killer. Kalo ye pon bos serba tahu tapi tak perlu la highlight part yang sadis2 kan. Cakap jela berwaspada ke jaga diri ke ape. Potong betui. Jelless ke ape ntah. Camanapun, gunung harus didaki, dalam kes aku gunung harus dilalui sebab aku nak snap gambo ja. Dan disebabkan aku base kat Osaka maka terpaksa la aku guna shinkansen dengan tambang 2 orang yang dah boleh beli Samsung Ace. Aku jugak nak pesan kat sesapa yang nak p jalan2 Jepun, biar base kat Tokyo sebab belambak2 tourist spot boleyh pi and dekat dengan Fuji, Yokohama bagai. Dekat gakk dengan Fukushima plant yang pecah kena tsunami tu (200km). Kalo base kat Osaka ke Kyoto ke, muntah mau tiap2 hari tengok castle, shrine, park, temple dan sewaktu dengannya. Aku yang kunun pencinta alam ni pon hilang akai mau tengok sakura dengan pond tiap2 hari, tu kalau ada la. Kalo berminat dengan Zen, haa memang seswai

Haa nak habaq mai jugak, annyeong haseyo tu bahasa Korea yer adik2 bukan bahasa Jepun. Sape2 yang da tau tu sila2la buat x nampak. Wokeyy ciao, sambung belek hyperdia pulokk. Genki de, mata ne!!

Ikan kerapu: Kalau jumpe mamat cool cam Hunter dalam Run for Money tu best gakk ekk ek